"Esok kita pergi tengok wayang nak?"
"Berdua?"
Hanbin mengangguk.
"Kenapa? Kau harapkan ada orang lain ikut ke?" dia menyoal sambil tersengih.
"Mana ada! Yang kau ni, tiba-tiba ajak aku makan ais krim malam ni kenapa? Nak belanja pula tu," soal Hyebin pelik.
"Nak belanja kembar sendiri pun salah ke?" soal Hanbin kembali.
"Tak salah! Aku memang nak makan ais krim pun malam ni," Hyebin tersengih lalu memaut lengan Hanbin sambil mereka terus berjalan.
"Sekejap!"
Langkah Hanbin terhenti menyebabkan Hyebin ikut berhenti.
"Dompet aku tertinggal lah," dia menepuk dahi.
"Kau ni! Takpe lah, guna duit aku dulu," ujar Hyebin.
"Mana boleh, kan aku yang nak belanja. Kau tunggu sini dulu, biar aku balik ambil dompet!"
"Tak payah lah, guna-yaa!"
Hyebin tidak sempat menghalang bila Hanbin sudah berpatah balik dan berlari ke arah rumah mereka. Dia mengeluh sebelum berjalan ke arah taman permainan di hadapannya dan duduk di buaian.
"Macam-macam lah dia ni," ujarnya perlahan.
Sementara menunggu Hanbin, dia membuka telefon bimbitnya, berbalas pesanan dengan Hyojeong. Baru sehari cuti, dia sudah rindu akan sahabatnya itu.
Sehingga lah matanya tiba-tiba ditutup dari belakang, membuatkan senyumannya mati.
"Tak kelakar lah Hanbin," tangan itu ditepisnya dan dia bangun.
"Leejeong,"
Terkejut dia melihat Jeonghyeon yang berada di belakangnya, dan bukannya Hanbin.
"Kau buat apa kat sini?" soalnya.
"Nak jumpa kau lah," ujar lelaki itu.
"Kat sini?"
Jeonghyeon mengangguk.
"Kalau aku datang rumah, kau mengelak, tak nak keluar bilik. Jadi aku terpaksa minta tolong Hanbin bawa kau keluar," kata Jeonghyeon.
Hyebin diam sejenak. Jadi semuanya adalah rancangan Jeonghyeon dan Hanbin sejak tadi? Cis, dia sudah tertipu rupanya.
"Kan aku dah cakap, aku tak mengelak dari kau pun," ujar Hyebin perlahan.
"Tapi kau dah tak pakai keychain aku bagi haritu,"
Sekali lagi Hyebin terdiam. Keychain berbentuk pisang yang diberi Jeonghyeon padanya tempoh hari, memang dia gantungkan di beg sekolahnya. Walau dia bertukar beg sekalipun, ianya tetap digantung bersama.
Cuma selepas Chaehyun dan Jeonghyeon menjadi kekasih, dia mencabut keychain dan menyimpannya di dalam laci. Baginya ia sudah tidak istimewa lagi.
"Yang tu sebab-,"
"Kau memang nak buang semua benda pasal aku ke?" Jeonghyeon memotong.
"Haah, memang pun. Aku harap sangat aku boleh buang kau. Tapi itu lah, aku tak boleh. Sebab aku akan jumpa kau setiap masa. Aku mengaku yang aku memang mengelak dari kau. Aku tak pakai keychain tu sebab aku akan teringatkan kau,"
"But why? Kenapa nak buang aku?" Jeonghyeon mendekat.
"Sebab kau Chaehyun punya. Dan aku tak suka kacau hak orang lain,"
Habis sahaja ayatnya, Hyebin melangkah melepasi lelaki itu. Pedulikan keinginnannya untuk makan ais krim tadi. Semuanya sudah hilang gara-gara Jeonghyeon.