38

80 9 2
                                    

"Kenapa perempuan suka baca novel ya?"

Hyebin yang sedang membelek novel yang berada di atas rak itu menoleh ke sisinya. Memandang Jeonghyeon yang sudah menayangkan riak bosannya.

Mana tak bosan kalau sudah hampir setengah jam mereka di dalam kedai buku itu. Semuanya kerana Hyebin yang menariknya secara paksa masuk ke dalam kedai buku yang terletak berhampiran dengan kedai ais krim tadi.

"Sebab fictional character wujud dalam novel je. Lelaki-lelaki yang baik, kacak, perfect, semua tu ada dalam novel je. Masa baca lah kita boleh berangan,"

"Sebab tu je? Apa kat dunia nyata ni takde ke orang macam dalam novel tu?" soal Jeonghyeon lagi.

"Maybe ada, tapi aku tak pernah jumpa lagi lah setakat ni,"

Hyebin meletakkan novel di tangannya ke tempat asal dan mencapai novel lain pula.

"Aku? Aku tak cukup prefect 10 ke untuk jadi macam fictional character tu?"

Jeonghyeon menyengetkan kepalanya ke hadapan wajah Hyebin yang lebih rendah darinya itu. Membuatkan gadis itu sedikit kaget.

"Kau?"

Jeonghyeon mengangguk.

"Tak. Tapi kalau watak serigala jadian, sama lah macam kau!"

"Yaa!"

Hyebin ketawa lalu dia terus melarikan diri ke kaunter untuk membuat bayaran. Dapat dilihat wajah berang Jeonghyeon yang sedang menuju ke arahnya itu.

Setelah selesai, keduanya mula melangkah keluar dan berjalan untuk ke perhentian bas. Tadi mereka dihantar oleh Puan Park dan sekarang mereka perlu menaiki teksi untuk pulang.

"Yaa, tunggu sekejap,"

Hyebin mengubah haluan ke arah kedai di tepi jalan yang menjual aksesori. Dia tersenyum kecil lalu mencapai sesuatu.

"Tengok ni, macam kau lah!"

Keychain yang dikait berbentuk serigala di tangannya itu disuakan ke hadapan Jeonghyeon. Membuatkan wajah lelaki itu langsung tiada senyuman.

"Aku yang kacak ni kau samakan dengan benda ni?" soal Jeonghyeon.

Hyebin mengangguk dengan senyuman lebarnya.

"Sama lah! Comel apa keychain ni. Kau nak? Aku hadiahkan untuk kau,"

Jeonghyeon yang melihat wajah teruja gadis itu mengalihkan pandangannya pada meja yang menempatkan pelbagai barangan aksesori itu. Dia tersenyum sebelum mencapai sesuatu.

"Ini sesuai untuk kau sebab kau suka susu pisang,"

Keychain berbentuk pisang di tangannya disuakan pada Hyebin.

"Comel!" puji Hyebin.

"Kalau macam tu, aku bayarkan yang ni, kau bayar yang tu,"

"Okay!"

Keduanya mula membuat bayaran lalu meneruskan perjalanan mereka.

"Yaa, kau tak rasa kita macam lupa sesuatu ke?" soal Hyebin.

"Lupa apa-, ah, Park Hanbin. Kita lupa nak bungkus kan ais krim untuk dia,"

"Yaa, sempat lagi ni sebelum kedai tu tutup!"

"Kajja!"

Jeonghyeon menarik tangan Hyebin lalu keduanya berlari untuk ke kedai ais krim tadi.

HimWhere stories live. Discover now