43

45 8 5
                                    

"Mianhei Kim Taerae, aku rasa aku tak boleh nak terima kau,"

Hyebin mengetap bibir setelah selesai menghabiskan ayatnya. Rasa serba salah menebal dalam diri.

"Takpe, tak perlu minta maaf. Perasaan tak boleh dipaksa kan? Tapi boleh aku tahu sebab apa kau tak nak terima aku?"

Hyebin diam sejenak. Saat itu, wajah seseorang muncul di fikirannya.

"Sebab aku dah ada orang yang aku suka," jawabnya yakin.

"Oh, untung orang tu. Aku harap hubungan kau dengan dia akan baik-baik sahaja. Tentang kita, lepas ni kita masih boleh berkawan kan?" soal Taerae dengan senyuman.

Hyebin membalas senyuman itu.

"Mesti lah,"

Selepas itu, Taerae meminta diri untuk pergi dan Hyojeong yang dari tadi menunggunya, datang ke arah Hyebin.

"Siapa orang yang kau suka tu?" soal Hyojeong ingin tahu.

"Hmm," Hyebin menggumam sendiri.

"Lee Jeonghyeon?" tebak Hyojeong dengan senyuman nakalnya.

"Macam mana kau tahu?"

Hyojeong ketawa.

"Selain Hanbin, dia je lelaki yang selalu ada dalam cerita kau. Mana ada orang lain lagi,"

Mereka berdua kemudiannya mula berjalan untuk pulang ke kelas memandangkan waktu rehat sudah hampir tamat.

"Apa yang bising sangat tu?"

Hyojeong memandang ke arah pelajar yang sedikit kecoh di koridor kelas mereka.

"Yaa, ada apa?"

Lengan Gaeul yang berada di hadapannya dicuit.

"Kim Chaehyun tengah confess dekat Lee Jeonghyeon!"

Serentak, Hyebin dan Hyojeong berpandangan sesama sendiri. Dan selepas itu, kedengaran sorakan yang lebih kuat.

Dalam kesesakan manusia di situ, Hyebin dan Hyojeong berjaya juga menyelit. Apa yang dilihat mereka sekarang adalah Chaehyun yang sedang memeluk erat tubuh Jeonghyeon.

Hyebin mengetap bibirnya saat melihat tangan Jeonghyeon yang naik membalas pelukan gadis itu. Perasaan kecewa mula mengambil tempat di hatinya. Apatah lagi saat pandangannya tiba-tiba bertembung dengan Jeonghyeon yang sedang berdiri memandang ke arahnya.

"Hyojeong ah, kajja,"

HimWhere stories live. Discover now