"Hyojeong, harini nak rehat-,"
Hyebin tidak sempat menghabiskan ayatnya bila melihat Hyojeong bangun dari kerusi dan terus menyertai rakan sekelas mereka yang lain keluar.
Dia terdiam di tempatnya. Sejak pagi tadi, Hyojeong seakan dingin dengannya. Selalunya bila dia sampai, gadis itu pasti akan berbual dengannya. Tetapi pagi tadi, Hyojeong langsung tidak menegurnya seperti selalu.
Hyebin mengeluh perlahan. Nampak gayanya, dia tidak akan keluar rehat hari itu. Dia lebih sanggup berlapar dari makan berseorangan. Kepalanya direhatkan di atas meja.
"Park Hyebin!"
Hyebin lantas mengangkat kepalanya dan menoleh ke pintu. Hanbin sedang berjalan masuk dan menuju ke arahnya yang hanya berseorangan di dalam kelas saat itu.
"Kau kenapa tak keluar rehat?"
"Hanbin, macam mana kau tahu aku tak keluar?" soal Hyebin.
"Aku nampak lah Hyojeong tu tadi pergi kafeteria dengan orang lain. Dia tak ajak kau ke?" soal Hanbin.
Hyebin menggeleng.
"Dia tak bercakap dengan aku dari pagi tadi. Tak tahu lah kenapa," adu Hyebin.
"Kesian betul kau ni,"
Saat itu ada satu roti dicampak ke atas meja.
"Kau makan roti coklat kan?" Jeonghyeon tiba-tiba muncul.
"Roti je ke? Air takde?" soal Hyebin.
Jeonghyeon yang baru ingin menyedut susu pisang di tangannya mengeluh perlahan.
"Nasib baik aku pemurah harini,"
Jeonghyeon meletakkan susu pisang tadi ke atas meja Hyebin.
"Thank you!" Hyebin menjerit teruja.
"Makan, jangan tak makan. Kau sakit nanti aku yang kena marah dengan Omma sebab tak jaga anak kesayangan dia ni," Hanbin mengusap kasar kepala Hyebin.
Pakk!
Mereka memandang ke pintu bila terdengar bunyi sesuatu terjatuh.
"Omma? Apa maksud korang?" Dongpyo dengan wajah kelirunya memandang mereka.
Bukan dia sahaja, beberapa rakan sekelas mereka yang berada di muka pintu juga terkejut dengan apa yang di dengar mereka.