17

72 11 2
                                    

"Tinggalkan je, tak payah cuci. Kau dah bawakan makanan kan,"

"Takpe, bukan banyak pun,"

Hyebin meneruskan aktiviti mencuci pinggan setelah mereka bertiga selesai makan malam. Hanbin, kembarnya itu sudah makan sahaja terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

"Aku cakap tak payah-,"

Jeonghyeon menarik pinggan dari tangan Hyebin.

"Dah nak siap pun," Hyebin menjentik tangan Jeonghyeon sehingga pegangan lelaki itu terlepas.

Jeonghyeon mengalah dan membiarkan sahaja. Betul lah cakap Hanbin, kembarnya itu memang degil. Kalau itu katanya, tidak ada yang boleh membantah.

Hyebin yang merasa dirinya diperhatikan mula tidak keruan. Tangannya laju menyiapkan kerja.

"Kau mesti dah tahu dari Hanbin kan?" soal Jeonghyeon.

Hyebin yang sudah selesai itu menutup pili air sinki. Dia menoleh memandang Jeonghyeon. Dia faham maksud pertanyaan lelaki itu.

"Tangan,"

Dia menadah tangan di hadapan lelaki itu. Soalan dari Jeonghyeon tadi dibiar tidak berjawab.

"Huh?"

"Tangan,"

Melihat wajah keliru Jeonghyeon, Hyebin mengeluh perlahan. Tangan kiri Jeonghyeon ditarik olehnya dan dibelek. Ada kesan luka di buku lima lelaki itu.

Hyebin menyeluk poket seluar yang dipakainya dan satu plaster bercorak kartun dikeluarkan lalu dikoyak pembalutnya. Dengan penuh hati-hati, plaster itu ditampal di belakang tapak tangan Jeonghyeon yang luka itu.

Jeonghyeon terkedu dengan apa yang dilakukan Hyebin. Diperhatikan gadis itu yang dengan teliti meletakkan plaster di tempat lukanya.

"Aku minta maaf tentang apa yang aku cakap malam tu," ujar Hyebin tanpa memandangnya.

"It's okay. Aku dah lupakan dah," ujar Jeonghyeon.

"Dah," Hyebin melepaskan tangan lelaki itu.

"Yaa, kau takde plaster lain ke selain gambar kartun?"

Jeonghyeon meneliti plaster di tangannya.

"Kalau tak suka, sini aku cabut semula!"

Jeonghyeon segera mengangkat tangannya tinggi bila Hyebin cuba menarik tangannya.

"Dah bagi, mana boleh ambil semula," ujarnya.

"Tahu pun! Jadi jangan banyak cakap,"

HimWhere stories live. Discover now