Hyebin membetulkan rambutnya sebelum dia mencapai beg sekolah dan melangkah keluar dari bilik. Saat melihat pintu bilik Hanbin dibuka, dia laju melangkah ke sana.
"Hanbin ah, harini-,"
Hyebin terkedu dan ayatnya tidak dapat dihabiskan. Terkejut melihat Jeonghyeon yang membuka pintu sambil sebelah tangannya mengeringkan rambut dengan tuala. Lebih parah, lelaki itu hanya mengenakan seluar sahaja tanpa baju.
"Hanbin pesan suruh kau pergi sekolah dulu. Dia naik dengan aku," ujar Jeonghyeon.
"Oh, o-okay!"
Hyebin terus melangkah laju ke arah tangga. Setelah mencapai sekeping sandwic dan berpamitan dengan ibu bapanya, dia terus keluar dan masuk ke kereta.
Sepanjang hari itu, fikirannya terganggu dengan lelaki bermama Lee Jeonghyeon itu. Tentang apa yang berlaku di dapur semalam dan juga apa yang dilihatnya pagi tadi.
"Hyebin please, stop thinking about him," kepalanya digeleng perlahan.
"Kau dah kenapa tergeleng-geleng? Tak nak balik?" soal Hyojeong hairan.
"Nak balik lah ni," Hyebin laju menyimpan barangnya ke dalam beg.
"Jeonghyeon tunggu lah aku!"
Hyebin automatik menoleh ke luar kelas bila mendengar suara jeritan seseorang. Dia melihat Chaehyun yang dengan selamba memeluk lengan Jeonghyeon.
"Teman aku beli hadiah untuk esok," ujar gadis itu dengan suara meleret.
Hyebin yang melihat itu, segera bangun dari kerusinya dan menyandang beg sekolahnya.
"Cepat lah, nanti aku terlepas bas," Hyojeong menarik tangan Hyebin ke pintu belakang.
"Boleh ke tepi sikit?" soal Hyojeong pada mereka yang menghalang jalannya.
Jeonghyeon yang melihat Hyebin segera menepis tangan Chaehyun di lengannya.
"No, Chaehyun. Aku ada hal lain,"
Hmm entahlah kan. Aku rasa cerita ni mengarut😌
