"Apa yang bising sangat tu?"
Hyebin dan Hyojeong yang baru pulang dari kafeteria sekolah itu memandang pelik pelajar-pelajar yang meluru ke kawasan padang sekolah.
"Yaa, ada apa?"
Hyojeong menahan salah seorang pelajar yang sedang berlari bersama yang lain.
"Ada orang bergaduh kat padang!"
"Siapa?"
"Siapa lagi? Serigala sekolah lah, Lee Jeonghyeon!"
Pelajar tadi kembali berlari setelah menjawab pertanyaan Hyojeong.
"Jom Hyebin, kita pergi tengok!"
Belum sempat Hyebin bersetuju, Hyojeong sudah menarik sebelah tangannya secara paksa. Kemudian mereka ikut serta pelajar yang berkumpul di tepi padang.
Setelah berjaya menyelit, kini Hyebin dapat melihat dengan jelas apa yang terjadi. Jeonghyeon sedang duduk di atas tubuh seorang pelajar lelaki dan menumbuk mukanya.
"Kau kalau takde apa nak cakap, baik kau tutup je lah mulut kau sial!" jerit Jeonghyeon.
"Leejeong, sudah!" Hanbin berusaha menarik lelaki itu.
"Sabar Bin, aku kena ajar dia ni sampai cukup!" Jeonghyeon menepis tangan Hanbin.
"Sudah! Mati budak tu nanti!"
Hanbin berjaya menarik Jeonghyeon bangun.
Lelaki yang nampak sudah lemah itu bangun dengan perlahan. Wajahnya sudah berdarah, namun dia masih tertawa perlahan.
"Untung betul kau kan Hanbin, ada kawan macam ni. Eh, kawan ke? Atau sebenarnya kekasih gelap kau?"
"Sial!"
Jeonghyeon menyepak pelajar itu sehingga dia terjatuh lagi.
"Lee Jeonghyeon!" lagi sekali Hanbin menarik lelaki itu.
"Dah, aku cakap dah!" jerit Hanbin sambil memegang kedua bahu Jeonghyeon.
Jeonghyeon yang ingin menyepak lagi pelajar itu berhenti. Dia meraup wajahnya kasar.
"Hyebin ah, kau okay?" soal Hyojeong.
Dia perasan riak wajah Hyebin yang nampak gelisah saat itu. Mungkin kerana kembarnya turut ada di sana.
"O-okay. Jom lah Hyojeong, kita balik kelas,"
Hyebin terus berjalan pergi dari situ. Melihat semua yang terjadi tadi, membuatkan ada satu perasaan baru muncul dalam dirinya buat lelaki bernama Jeonghyeon itu.