33

45 9 2
                                    

Hyebin melambai ke arah kedua orang tuanya dan Hanbin. Setelah kereta itu pergi, dia kembali masuk ke rumah.

Malam itu, ibu bapanya akan berangkat ke Pulau Jeju atas urusan kerja bapanya. Cuma Hanbin yang mengikut untuk menghantar mereka ke lapangan terbang. Dia memilih untuk tinggal di rumah sahaja memandangkan kerja sekolahnya banyak.

"Nak buat yang mana dulu ya?"

Dia melihat senarai kerja rumahnya. Takde lah banyak mana, tapi dia perlu selesaikan semuanya dengan segera kerana dia sudah berjanji untuk keluar dengan Hyojeong esok.

Baru sahaja halaman buku dibuka, loceng rumah kedengaran dibunyikan. Hyebin mengeluh perlahan.

"Takkan tertinggal barang," dengan malas, dia turun juga.

Sampai sahaja di bawah, terus dibukanya pintu utama kediaman itu. Matanya terus terkunci pada Jeonghyeon yang sedang berdiri di muka pintu.

"Hanbin takde kat rumah lah. Dia tak bagitahu kau ke?" soal Hyebin.

"Hyebin ah,"

Tidak menjawab soalannya, Jeonghyeon sebaliknya memanggil namanya. Waktu itu baru Hyebin perasan, mata lelaki itu merah seperti baru lepas menangis.

"Yaa, kau kenapa?" soal Hyebin cemas.

"Aku-aku pergi-,"

"Yaa, Lee Jeonghyeon! Kau okay tak ni?" soal Hyebin lagi sekali.

Lelaki itu menggeleng perlahan dan dia menangis sambil menutup wajah dengan tangannya. Hyebin mula gelisah, tidak tahu berbuat apa. Bibirnya diketap sebelum dia perlahan menarik lelaki itu masuk dan menutup pintu.

Dipandangnya Jeonghyeon yang masih menangis itu. Perlahan, dia menghampiri lelaki itu dan tubuh Jeonghyeon dipeluknya. Tangannya menepuk-nepuk belakang badan lelaki itu seolah memujuk.

Walau dia sendiri tidak tahu punca lelaki itu menangis, namun dari caranya sahaja, dia yakin ada sesuatu yang menyakitkan terjadi.

HimWhere stories live. Discover now