44

40 8 0
                                    

"Park Hyebin,"

"Nak apa? Aku banyak kerja lah,"

Hyebin memandang Hanbin yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Jom pergi makan ais krim nak? Aku belanja! Kau pilih je apa yang kau nak," kembarnya itu sedang tersenyum penuh teruja.

"Tak nak lah. Penat," tolak Hyebin.

Dia mahu menutup pintu biliknya, namun tangan Hanbin lebih pantas menghalang.

"Ala, jom lah temankan aku. Hmm?" Hanbin cuba memujuk.

"Aku dah lama tak makan ais krim dengan kau," ujar lelaki itu lagi.

"Ya lah! Sekejap, aku tukar baju,"

Dan sekarang, keduanya sedang duduk di atas buaian di taman permainan setelah selesai membeli ais krim di kedai serbaneka di kawasan perumahan itu.

"Yaa, kau tahu kan apa yang jadi kat sekolah tengahari tadi?" Hanbin menyoal.

"Apa yang jadi? Ji Changwook datang melawat sekolah kita eh?" soal Hyebin kembali.

"Yaa! Aku tahu kau tak bodoh! Kau faham maksud aku,"

Hyebin kembali diam.

"Aku tak faham. Dia tak bagi aku terima Kim Taerae tapi dia terima confession Chaehyun," ujar Hyebin perlahan.

Sepanjang hari, itu yang difikirkannya. Apa Lee Jeonghyeon hanya sekadar prihatin padanya atas sebab dia adalah adik kepada Hanbin, kawan baiknya. Bukan kerana lelaki itu sebenarnya ada perasaan pada dia.

"Yaa, tentang tu-,"

"Aku tak tahu kenapa aku kena sedih? Aku kan tak suka dia selalu ada dengan kau sampai kau takde masa dengan aku. Patutnya aku happy sekarang sebab lepas ni mesti dia akan busy dengan girlfriend dia, so aku akan lebih banyak masa dengan kau. Tapi sekarang, aku rasa sedih. Hati aku rasa sakit sangat. Wae Hanbin ah?"

"Yaa!"

Hanbin mula cemas bila mendengar esakan Hyebin lalu dia terus bangun dan menarik Hyebin ke dalam pelukannya.

"Aku rasa aku suka dia, tapi dia-," ayat Hyebin tergantung kerana esakannya yang makin kuat.

"Ya, aku tahu. Menangis lah puas-puas, aku ada dengan kau," Hanbin mengusap belakang kepala si adik.

HimWhere stories live. Discover now