14

44 9 1
                                    

Hyebin melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Niatnya ingin mencari buku sebagai rujukan untuk belajar. Disebabkan Hyojeong ada hal lain, jadi dia hanya pergi berseorangan.

Bahagian buku rujukan subjek sains yang berada di hujung dituju. Satu per satu buku diteliti mencari mana yang sesuai dan mudah difahami.

"Cantik lipstik kau hari ni,"

"Oh ya? Ini keluaran baru tau. Yang Jin Hyemi jadi duta tu,"

Hyebin tersenyum tanpa sedar mendengar perbualan dua pelajar di rak belakangnya. Pasti produk yang dilihatnya di televisyen beberapa hari lepas.

"Jin Hyemi tu cantik betul kan? Umur dah nak masuk 50 pun masih nampak awet muda. Badan pun cantik,"

"Omma aku cakap, badan dia cantik sebab dia tak pernah lahirkan anak. Senang lah nak jaga badan,"

"Bukan dia ada anak ke? Dengan bekas suami dia dulu? Kan ada gossip cakap dia tinggalkan suami dan anak dia sebab nak ikut skandal dia. Skandal dia tu, orang besar dalam industri dia. Sebab tu nama dia boleh naik sampai sekarang,"

"Patut lah. Jual badan, dapat populariti,"

Senyuman Hyebin mati mendengar tawa mereka. Entah kenapa dia merasa mereka keterlaluan pula.

"Siapa yang jual badan untuk populariti?"

Hyebin tersentak mendengar suara itu. Dia perlahan menoleh ke belakang.

Dang!!!

Terhinjut bahunya bila rak buku di belakangnya dihentak kuat.

"Jeong-Jeonghyeon ah,"

Dua pelajar perempuan kini sedang berada di hadapan Jeonghyeon yang menayangkan wajah bengisnya.

"Aku tanya korang, siapa yang korang cakap jual badan untuk dapatkan populariti tu? Cakap!" sekali lagi rak buku dihentak kuat.

"Jin Hyemi, pelakon tu," ujar salah seorang dari mereka takut-takut.

"Kau ada bukti?" soal Jeonghyeon.

Pelajar itu menggeleng.

"Kami dengar gossip je,"

"Gossip? Tch, dengar cerita pun tak tahu dari mana, korang percaya? Seronok ke cakap buruk tentang orang lain?" bentak Jeonghyeon lagi.

"Yaa, yang kau nak marah sangat ni kenapa? Kalau setakat peminat dia, kau tak payah lah nak beria sangat. Bukannya dia kenal kau pun!" pelajar tadi tiba-tiba membalas dengan berani.

"Kau-,"

"Leejeong!"

Hanbin tiba-tiba muncul dan menarik Jeonghyeon yang sudah mengangkat sebelah tangannya ke arah pelajar tadi.

"Dah, jom blah!"

Hyebin yang sejak tadi mencuri lihat apa yang terjadi, keluar dari tempatnya. Matanya sempat bertembung dengan Jeonghyeon sebelum lelaki itu keluar dari situ bersama Hanbin.

Jujur, Hyebin sendiri takut melihat keadaan Jeonghyeon saat itu. Mungkin itulah sisi menyeramkan Jeonghyeon yang Hyojeong cerita padanya dahulu.

HimWhere stories live. Discover now