"Bye Hyojeong, jumpa esok!"
Hyebin melambai ke arah Hyojeong sebelum kereta yang dipandu bapa gadis itu berlalu pergi meninggalkan kawasan perumahannya. Dia kemudian terus masuk ke dalam.
Melihat tiada motosikal yang terparkir di luar rumah, membuatkan dia tersenyum perlahan. Nampak gayanya, dia tidak perlu berkurung di dalam bilik hari itu.
Itulah rutinnya sejak dua minggu lepas, selepas balik dari sekolah, dia akan ke rumah Hyojeong untuk menyiapkan kerja rumah. Kerana dia tidak mahu bertembung dengan Jeonghyeon yang ada di rumahnya.
Hujung minggu juga sama, dia akan keluar bersama Hyojeong kerana dia tahu Jeonghyeon pasti akan tidur di rumah mereka dan mereka pasti akan bertemu. Atau jika dia di rumah pun, dia hanya akan berkurung di dalam bilik.
Dia menolak daun pintu lalu melangkah masuk. Langkah kaki dibawa ke dapur terlebih dahulu memandangkan hidungnya dapat menghidu aroma mi segera di dapur.
"Park Hanbin! Aku lapar-,"
Senyuman lebarnya tadi mati bila melihat Jeonghyeon yang sedang mengangkat periuk berisi mi segera ke meja makan.
"Hanbin kat atas, kejap lagi turun lah tu," ujar Jeonghyeon.
"Oh, okay," balas Hyebin pendek.
"Tadi kata lapar, aku masak lebih ni. Makan lah sekali," tawar Jeonghyeon.
"Tak, tak lapar pun. Saje je nak kacau Hanbin makan tadi,"
Hyebin berpaling untuk pergi.
"Yaa, kau mengelak dari aku?"
Langkah kakinya terhenti sebelum dia perlahan berpaling untuk melihat lelaki itu.
"Mana ada. Ke-kenapa pula a-aku nak buat macam tu?" nada suaranya sedikit bergetar.
"Sebab aku rasa macam dah lama tak bercakap dan bergaduh dengan kau,"
"Aku-aku busy lah. Okay lah, aku naik atas dulu!"
Hyebin terus melajukan langkahnya untuk pergi dari situ. Masuk sahaja ke dalam bilik, tubuhnya direbahkan ke atas katil dengan wajah disembam ke bantal.
"Pabo! Aku mengelak sebab takut cemburu lah gila!"