15

45 9 1
                                    

Mendengar bunyi pintu utama di tutup, Hyebin segera bangkit dari duduknya. Dilihatnya Hanbin sedang berjalan masuk ke dalam rumah. Dan kembarnya itu hanya berseorangan.

"Tengok apa? Leejeong takde harini," tanpa disoal, Hanbin memberitahu.

"Yaa!" Hyebin segera mendapatkan kembarnya yang sudah menaiki tangga untuk ke bilik itu.

"Apa yang jadi tadi tu-,"

"Tch, kata menyampah dengan Leejeong, tapi nak tahu juga," Hanbin mengejek.

"Ya lah, dia kan boyfriend kau. Aku kena lah tahu tentang abang ipar aku,"

"Banyak lah kau punya abang ipar!"

Hanbin menjentik dahi adik kembarnya itu membuatkan Hyebin menjerit kesakitan.

"Sakit lah!" Hyebin menggosok dahi.

Dia mengikut langkah Hanbin ke dalam bilik lalu tanpa disuruh, dia mengambil tempat di katil kembarnya itu.

"Kau nak tahu apa?" soal Hanbin sambil duduk di kerusi meja belajarnya.

"Kenapa Jeonghyeon nampak marah sangat tadi? Kalau ikut apa yang budak tu cakap, betul lah. Kenapa dia beria sangat nak marah sedangkan budak tu cuma bergossip tentang apa yang diorang dengar je,"

Hanbin mengeluh perlahan.

"Jin Hyemi tu sebenarnya ibu kandung Leejeong,"

"Hah?"

Seperti yang diduga, kenyataan itu membuatkan Hyebin terkejut besar. Pelakon popular itu, ibu kepada Lee Jeonghyeon?

"Kau tak menipu kan?" soal Hyebin ingin kepastian.

Hanbin menggeleng.

"Parents dia bercerai waktu umur dia sepuluh tahun dan Omma dia tinggalkan dia dengan Appa dia. Ada gossip yang cakap Omma dia ada skandal dengan salah seorang pengarah filem yang dia berlakon, sebab tu dia bercerai dan tinggalkan Leejeong,"

"Betul ke semua tu?"

Hanbin menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

"Leejeong sendiri pun tak pasti. Tapi sebagai anak, mestilah dia tak nak percaya Omma dia seteruk tu kan? Jadi, bila dia dengar je orang bergossip tentang tu, dia jadi marah. Walaupun sebenarnya, Omma dia jarang ambil berat tentang dia pun," cerita Hanbin lagi.

Hyebin terdiam. Jadi, itu punca Jeonghyeon tiba-tiba tidak jadi bermalam di situ tempoh hari? Kerana dia terasa bila Hyebin bercakap tentang gossip yang melibatkan ibunya.

"Kalau kau rasa serba salah tentang hari tu, lupakan je. Leejeong bagitahu yang dia balik malam tu bukan sebab kau pun. Dia memang kena balik rumah sebab Appa dia cari,"

Hyebin masih diam. Entah kenapa, dia rasa Hanbin berbohong untuk membuat dia tidak rasa bersalah.

HimWhere stories live. Discover now