35

52 9 2
                                    

"Kau? Kau sayangkan aku?"

Jeonghyeon mengetap bibirnya bila mengenangkan soalan yang dilemparkan pada Hyebin tadi. Entah kenapa dia menyoal begitu, dia sendiri tidak pasti.

"Yaa, termenung apa? Makan lah,"

Hanbin yang baru duduk di kerusi meja makan menolak burger yang dibelinya tadi ke hadapan Jeonghyeon.

"Thank you,"

Plastik pembungkus makanan dibuka dan dia mula menikmati makanannya. Kebetulan, memang dia sedang lapar kerana tidak makan dari tengahari tadi.

"Kau okay?" soal Hanbin.

Jeonghyeon meletakkan burger yang sudah separuh ke atas meja. Sudah pasti, soalan itu akan keluar juga dari Hanbin.

"Tadi tak okay, sekarang dah okay sikit," jujurnya.

Selepas meluahkan semuanya pada Hyebin tadi, jujur hatinya sedikit lapang dari tadi.

"Okay sebab dah bercerita pada Hyebin?" usik Hanbin.

Jeonghyeon ketawa perlahan.

"Adik kau tu, boleh tahan juga bab memujuk orang," puji Jeonghyeon.

"Hyebin memang macam tu. Mungkin sebab dari kecil dia duduk jauh dari family, so dia cepat matang. Walaupun kadang-kadang dia macam budak-budak, tapi dia pandai bagi kata-kata semangat pada orang," ujar Hanbin sambil tersenyum.

"So, sebenarnya apa yang jadi?" soal Hanbin lagi.

"Aku jumpa Omma aku tadi," ujar Jeonghyeon.

"Serius?" Hanbin agak terkejut.

Jeonghyeon mengangguk.

"Dia bagitahu yang dia nak kahwin dan dia minta supaya aku jangan cari dia lagi," ujar Jeonghyeon tenang.

"Yaa, takpe lah kalau dia cakap macam tu. Kau kan ada Omma aku. Dia boleh jadi Omma kau juga," Hanbin menepuk bahu Jeonghyeon.

"Ya, Hyebin pun cakap benda yang sama tadi. Tapi, aku risaukan sesuatu lah," nada Jeonghyeon tiba-tiba berubah serius.

"Risaukan apa?" soal Hanbin ikut serius.

"Aku risau kalau nanti Omma korang sayangkan aku lebih dari korang? Ya lah, aku ni kan kacak, gagah, bijak juga. Macam mana eh kalau dia lupakan korang nanti?"

"Yaa, kau-,"

Hanbin menumbuk bahu lelaki itu sambil ketawa.

"Betul lah, kau tak risau ke?" Jeonghyeon menyoal sambil ikut ketawa.

Dan tanpa keduanya sedar, Hyebin sedang memandang mereka berdua dari pintu masuk dapur tanpa keduanya sedari. Gadis itu menarik senyum tanpa sedar.

"Betul lah Omma cakap, diorang berdua memang perlukan satu sama lain,"

HimWhere stories live. Discover now