47 (Final)

118 8 15
                                    

"Siapa cakap aku Chaehyun punya?"

Jeonghyeon menahan lengan Hyebin dari terus pergi.

Hyebin tertawa perlahan mendengar soalan itu. Dia kemudian memusingkan badannya menghadap lelaki itu.

"Satu sekolah tahu dia confess dekat kau haritu,"

"Satu sekolah tahu dia confess kat aku. Tapi tak semua tahu yang aku reject dia. Termasuk lah kau,"
tenang sahaja Jeonghyeon berbicara.

"Mwo?"

"Aku tak pernah terima pun Chaehyun. Kalau tentang aku peluk dia tu, itu sebab aku nak jaga air muka dia. Dia tu kawan aku, jadi aku tak nak lah malukan dia depan orang lain,"

"Jadi kau dengan dia takde apa-apa?"

Jeonghyeon mengangguk.

"Dari dulu, aku cuma anggap dia macam adik aku. Tak lebih dari tu pun," jelas Jeonghyeon lagi.

Hyebin terdiam. Jadi, selama ini dia salah sangka. Jeonghyeon dan Chaehyun tidak bercinta seperti apa yang difikirkannya.

"Pabo! Kenapa kau tak cakap? Kau tahu tak aku mengelak selama ni sebab aku takut aku cemburu? Aku tak nak dekat dengan kau sebab aku ingat kau dah jadi boyfriend dia!" Hyebin hampir menangis.

Jeonghyeon menahan senyumnya sebelum dia dengan selamba menarik Hyebin ke dalam pelukannya.

"Mianhei. Hanbin yang suruh aku buat semua tu. Sebab dia nak kau mengaku sendiri perasaan kau,"

Hyebin menolak tubuh Jeonghyeon dan meleraikan pelukan.

"Tch, Park Hanbin," dia tertawa perlahan.

"So, Park Hyebin. Sekarang ni aku nak confess pada kau boleh kan?" soal Jeonghyeon.

Hyebin mengetap bibirnya dan mengangguk.

"Aku suka kau Park Hyebin. Maaf sebab ambil masa yang lama untuk aku luahkan," tangan Jeonghyeon mengusap kepala Hyebin lembut.

"Eo, pipi kau merah,"

Tangan Jeonghyeon menekup kedua pipi Hyebin membuatkan gadis itu makin gemuruh. Dengan berani, dia mendongak sehingga pandangan matanya bertemu dengan pandangan dari sepasang mata tajam milik Jeonghyeon.

"Aku pun suka kau," ujar Hyebin.

Jeonghyeon tersenyum dan merapatkan wajah mereka.

"Ehem! Jangan nak melebih! Aku report Omma Appa nanti baru tahu!"

Keduanya menoleh ke arah Hanbin yang baru muncul itu.

"Aduh, kacau lah Bin!" Jeonghyeon merungut.

"Takde, takde! Korang tunggu habis sekolah dulu! Sekarang ni, aku kena ada kat tengah-tengah!"

Hanbin menyelit antara mereka berdua.

"Yaa!" Hyebin dan Jeonghyeon menjerit serentak.

"Shh, dah jom kita pergi makan ais krim!"

Hanbin menarik tangan keduanya. Jeonghyeon dan Hyebin saling berbalas pandangan dan bertukar senyuman.

"Hyebin ah, satu, dua, tigaaa!"

"Yaa!"

Hanbin menjerit bila Jeonghyeon dan Hyebin berlari berpegangan tangan meninggalkan dia. Kedua mereka sudah jauh di hadapan sambil ketawa suka.

Namun dalam masa yang sama, ada rasa gembira di hatinya. Kedua orang yang paling penting dalam hidupnya kini, sudah pun menemui bahagia mereka.

Dan di situasi Hyebin dan Jeonghyeon pula, keduanya saling tersenyum lebar memandang satu sama lain dengan harapan hubungan yang baru dibina itu akan kekal selamanya.

~The End~

Thank you for reading <3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thank you for reading <3

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HimWhere stories live. Discover now