32

41 7 3
                                    

"Hanbin,"

Hanbin yang sedang duduk di meja belajarnya menoleh ke pintu. Dilihatnya, adik kembarnya sedang berdiri di sana.

"Boleh aku masuk?" soal Hyebin.

Hanbin tertawa perlahan. Entah sejak bila Hyebin pandai meminta izin. Selalu dia terus masuk sahaja.

"Masuk je lah. Macam tak biasa,"

Hyebin melangkah ke arah kembarnya itu dan duduk di kerusi bersebelahan Hanbin.

"Aku nak minta maaf. Mianhei Hanbin ah," ujar Hyebin.

"Sebab? Rasanya aku yang kena minta maaf dengan kau sebab kawan aku-,"

Hanbin terkedu bila Hyebin terus memeluk tubuhnya. Dan dia dapat dengar suara tangisan Hyebin.

"Yaa, kenapa ni? Nanti Omma ingat aku buli kau pula?" soal Hanbin cemas.

"Kenapa kau tak cerita pada aku yang kau kena buli? Kenapa aku sorang je yang tak tahu? Kau tahu tak, aku dekat kampung selalu fikir yang kau paling gembira tinggal dan bersekolah dekat Seoul. Tapi rupanya, kau tak gembira pun. Kenapa tak bagitahu aku?" makin kuat esakan Hyebin saat itu.

"Sebab ni lah. Aku tak suka lah kau menangis macam ni," Hanbin menyeka air mata si adik.

"Hyebin ah, itu dulu. Tapi lepas aku kenal Leejeong, semuanya berubah. Sebab dia aku ada semangat nak sekolah semula. Sebab dia, aku boleh jadi macam sekarang. Sebab tu aku tak boleh nak buat pilihan antara kau atau dia. Jadi tolong, jangan suruh aku pilih lagi. Korang dua-dua penting untuk aku,"

"Ya, aku salah. Aku takkan suruh kau berhenti kawan dengan dia lagi. Aku patut berterima kasih sebab dia dah selamatkan kau. Aku dah salah faham dengan dia. Aku tak suka sebab aku ingatkan dia pembuli, jadi aku tak nak kau kawan dengan orang macam tu. Rupanya aku silap. Aku asyik cakap buruk pasal perangai dia je. Mesti Jeonghyeon terasa dengan aku," ujar Hyebin kesal.

"Jangan risau, Leejeong faham semua tu. Betul tak Leejeong?"

Hyebin yang masih dalam esakannya itu terkedu. Dia terus memandang ke arah pintu bilik Hanbin. Kelihatan Jeonghyeon sedang berdiri di sana sambil memerhatikan mereka.

"Sejak bila kau ada kat situ?" soal Hyebin.

"Baru je. Tapi sempat lah dengar kau menangis penuh penyesalan tu," jawab Jeonghyeon sambil berjalan ke arah pasangan kembar itu.

"Mana ada! Siapa entah yang menangis?" nafi Hyebin sambil menyeka sisa air matanya.

"Tch, dah nangis sampai keluar hingus tak mengaku pula!"

"Yaa, mana ada lah!" Hyebin terus berlari keluar dari situ.

Hanbin yang melihat pergaduhan kembar dan kawan baiknya itu ketawa perlahan. Nampak gayanya, semua sudah kembali seperti selalu.

HimWhere stories live. Discover now