"Omma!"
"Jeonghyeon sudah! Jangan ikut dia!"
Tuan Lee menarik anaknya dari mengejar bekas isterinya yang sedang menarik bagasi untuk keluar dari rumah itu.
"Tak nak, Jeonghyeon nak Omma! Omma!"
Dia berjaya melepaskan diri dari si bapa lalu kembali berlari mendapatkan si ibu.
"Omma, jangan lah pergi. Jeonghyeon nak ikut Omma," dia menangis sambil memegang tangan si ibu.
"Maaf sayang, Omma tak boleh bawa kamu! Pergi sana pada Appa kamu!"Puan Lee menolak perlahan si anak.
Jeonghyeon enggan mengalah dan berlari mengikut ibunya keluar.
"Omma!"
Dia jatuh tertiarap di laman rumah dan saat itu, dia melihat sebuah kereta mewah berhenti di hadapan rumah. Seorang lelaki keluar dan membantu ibunya menyimpan bagasi ke dalam bonet kereta sebelum keduanya masuk ke dalam perut kereta lalu pergi.
"Omma!" makin kuat tangisan Jeonghyeon.
"Omma!"
Jeonghyeon membuka matanya dan yang dilihatnya hanya siling putih biliknya. Dia bukan di luar rumah seperti yang di dalam mimpinya tadi.
"Arghh," dia merintis perlahan bila tangannya terkena kepala katil.
Dia bangun dan melihat buku limanya yang sedikit luka itu. Semuanya gara-gara dia menumbuk rak buku di perpustakaan tadi.
Baru sahaja dia ingin bangun, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Hanbin di skrin alat nipis itu.
Hanbin
Tak lapar?
Datang lah rumah aku makan.
Omma masak lebih macam biasa.Jeonghyeon mengeluh perlahan. Perutnya dipegang. Lapar memang lapar, cuma dia tiada mood untuk keluar.
Telefon bimbit dicapai lagi. Baru sahaja dia ingin membalas, Hanbin menghatar pesanan lagi.
Hanbin
Lambat.
Aku dah ada kat depan rumah kau.
Kau buka pintu sekarang.Jeonghyeon tertawa perlahan. Dia akhirnya turun dari katil dan melangkah keluar bilik. Sampai sahaja di bawah, pintu rumah terus dibuka.
"Hai,"
Hanbin terus melangkah masuk dengan beg kertas berisi makanan. Dan saat itu, Jeonghyeon sedikit terkedu melihat Hyebin yang turut ada bersama abang kembarnya.