34

45 9 2
                                    

Hyebin meletakkan gelas berisi air sejuk di hadapan Jeonghyeon. Setelah hampir lima minit lelaki itu menangis di dalam pelukannya, lelaki itu akhirnya berhenti.

"Minum lah," ujar Hyebin.

Jeonghyeon meneguk minuman dingin itu.

"Kalau kau nak tunggu Hanbin, pergi lah masuk bilik dia dulu," Hyebin bersuara lagi.

"Kau tak nak tanya aku apa-apa?" soal Jeonghyeon.

Hyebin mengetap bibirnya. Tipu lah kalau dia tidak ada rasa ingin tahu apa yang terjadi, tetapi siapalah dia untuk bertanya jika Jeonghyeon tidak mahu bercerita.

"Yaa, kau ingat aku ni kepoci sangat ke nak sibuk hal orang?" soal Hyebin kembali.

Jeonghyeon tersenyum mendengar itu.

"Kalau aku minta kau dengar cerita aku, boleh?" soal lelaki itu lagi.

Kali ini dia memandang Hyebin yang berdiri di tepi sofa tempat dia duduk. Gadis itu diam, mungkin sedang memikirkan permintaannya itu.

"Kalau kau tak nak, takpe. Aku tunggu Hanbin balik,"

"Cerita lah, aku dengar,"

Hyebin mengambil tempat di sebelahnya secara tiba-tiba.

"Aku-aku jumpa Omma aku tadi," Jeonghyeon memulakan ceritanya.

"Omma kau?"

Lelaki itu mengangguk.

"Pertama kali, lepas dia tinggalkan aku dengan Appa, dia ajak aku jumpa dia. Aku happy sangat sebab akhirnya dia nak jumpa aku. Aku tak boleh tidur dari semalam sebab aku excited sangat. Aku fikir, mungkin dia pun rindukan aku juga sebenarnya,"

"Tapi, rupanya aku silap Hyebin ah," Jeonghyeon tertawa di hujung ayatnya.

"Dia jumpa aku sebab-sebab dia nak bagitahu yang dia akan kahwin tak lama lagi. Dengan lelaki yang diorang selalu gossipkan sebelum ni. Dan kau tahu apa yang lagi sakit Hyebin? Dia minta aku lupakan dia dan jangan cari dia. Sebab dia tak nak family baru dia tak selesa. Lelaki tu, lelaki tu dah ada anak. Omma aku-,dia-dia lagi pilih untuk besarkan anak orang lain daripada anak dia sendiri," nada suara Jeonghyeon berubah sayu.

"Kenapa? Aku ni teruk sangat ke sampai dia nak buang aku dan pilih anak orang lain? Aku ni tak layak ke jadi anak pelakon popular macam dia? Aku tak kisah kalau orang tak kenal aku sebagai anak dia pun, asalkan aku boleh jumpa dia. Tapi dia, dia memang pilih untuk buang aku terus. Aku ni tak berharga langsung ke dekat mata dia? Kenapa?" Jeonghyeon menekup kedua tangan di mukanya.

"Jeonghyeon ah, dengar sini!"

Hyebin menarik tangan lelaki itu dari wajahnya. Air mata Jeonghyeon diseka dengan jemarinya.

"Siapa cakap kau tak berharga? Kau berharga sangat, cuma dia yang tak pandai nak hargai kau. Kalau dia pilih untuk buang kau, kau masih ada Appa kau. Kau ada Hanbin, kau ada Omma dan Appa aku. Kau sendiri cakap kan yang kau dah jadi kesayangan Omma Appa aku? Omma aku memang sayangkan kau macam anak dia pun. Jadi, kau tak perlu rasa kau tak berharga," ujar Hyebin cuba memujuk.

Jeonghyeon memegang tangan Hyebin yang sedang menyeka air mata di wajahnya.

"Kau? Kau sayangkan aku?" soal Jeonghyeon.

Hyebin terkedu mendengar itu.

"Aku-aku-,"

"Park Hyebin, aku ada beli makanan!"

Keduanya menoleh ke pintu rumah yang baru dibuka dari luar itu.

"Eo, Leejeong? Korang berdua buat apa?"

Hanbin yang sedang memegang beg kertas berisi makanan memandang pelik ke arah kembar dan juga kawan baiknya itu.

HimWhere stories live. Discover now