"Kau ni makan je dari tadi. Patut lah pipi tu makin besar,"
Hyebin yang sedang menikmati sandwic buatan ibunya itu menoleh memandang Jeonghyeon di sisinya.
"Tch, suka hati lah," dijelingnya lelaki itu.
Tangannya ingin mencapai lagi sekeping sandwic namun Jeonghyeon melarikan bekas makanan itu.
"Yaa!"
"Tinggal dua je, aku punya," ujar lelaki itu.
"Ugh, kenapa lah kau kena ada sekali kan kat sini? Sibuk betul," Hyebin mendengus geram.
Hari itu, syarikat Tuan Park bekerja mengadakan aktiviti sukarelawan di sebuah kampung. Jadi Hyebin, Hanbin dan ibu mereka turut serta. Di sebabkan Jeonghyeon tidur di rumah mereka, lelaki itu dipaksa turut serta oleh pasangan Park.
Mereka semua sekarang sedang mengadakan aktiviti bersama penduduk kampung di dewan. Tetapi Hyebin dan Hanbin meminta izin untuk tidak serta kerana ingin berkelah di pantai yang terdapat di kampung itu.
"Nak buat macam mana, aku dah jadi kesayangan Omma Appa kau," ujar Jeonghyeon.
"Perasan! Siapa entah nak anak serigala macam kau,"
Senyuman Jeonghyeon mati. Dia memandang Hyebin geram.
"Apa? Betul lah kau serigala. Menyeramkan! Suka buli orang! Lepas tu-,"
Ayat Hyebin terhenti bila Jeonghyeon menyumbat mulutnya dengan sandwic yang sudah digigit separuh.
"Bising betul kau ni,"
"Yaa!" Hyebin menjerit geram dengan perlakuan lelaki itu.
"Aku baru tinggal sekejap, dah bergaduh," Hanbin yang baru muncul menggelengkan kepalanya.
"Boyfriend kau ni lah, annoying gila!" ujar Hyebin geram.
Dia kemudian bangun dan memakai sandalnya lalu berjalan pergi.
"Hyebin, nak pergi mana?" soal Hanbin.
"Terjun laut!" balas gadis itu kesal.
"Kau buat apa kat dia?" soal Hanbin.
"Aku sumbat mulut dia dengan sandwic. Banyak cakap sangat," ujar Jeonghyeon.