40

44 7 1
                                    

"Yaa,"

Hyebin yang sedang duduk di meja makan itu menoleh bila ditegur. Kenal sangat dia dengan suara itu.

"Kau tak balik lagi?"

"Halau ke?" soal Jeonghyeon lalu mengambil tempat di hadapan gadis itu.

"Kalau aku halau, kau nak balik ke? Tak pun kan?"

Dia kembali menikmati kek coklat di hadapannya.

"Beli kek lagi hari ni?"

Hyebin memandang kek di dalam piring di hadapannya.

"Tak lah. Ada orang bagi," ujarnya.

"Siapa? Kim Taerae?"

"Haish, ni mesti Hanbin yang bagitahu kan?" soal Hyebin.

"Betul ke si Taerae tu confess pada kau?"

Hyebin diam sejenak. Dalam hati dia mengutuk Hanbin kerana menceritakan perihal itu pada Jeonghyeon.

"Hmm. Dia bagitahu dia suka aku. Lepas tu dia bagi kek ni sebab dia tahu aku suka makan kek,"

"Jadi kau terima dia lah?"

"Aku tak bagi jawapan lagi,"

"Habis tu, kenapa makan kek yang dia bagi? Bukan tandanya kau terima dia ke?" soal Jeonghyeon lagi.

"Mana ada! Aku makan sebab tak nak membazir,"

Mendengar itu, Jeonghyeon dengan selamba menarik piring kek milik Hyebin. Dia kemudian terus menyuap kek yang berbaki itu ke dalam mulutnya.

"Yaa!"

"Apa? Tak nak kongsi sebab Taerae yang bagi?"

Hyebin mencebik mendengar itu.

"Mana ada! Tapi tu kan bekas aku," ujarnya.

Jeonghyeon hanya mengendahkan dan memakan kek itu sehingga habis.

"Jadi, kau dah ada jawapan untuk Taerae?"

"Hmm, entah lah," balas Hyebin.

"Kalau aku cakap yang aku nak kau tolak dia?"

"Wae?"

"Tak payah lah terima dia. Taerae tu sweet talker. Aku selalu nampak dia dengan budak perempuan lain. Bukan main mesra lagi," jawab Jeonghyeon.

"Itu bukan sweet talker, itu friendly,"

"Eh, kau bersungguh back up dia kenapa? Dah suka dia juga?"

"Mana ada lah! Tapi betul lah, Taerae tu memang jenis yang baik, peramah, suka tolong orang,"

"Jadi kau suka lah lelaki yang macam tu? Yang baik, peramah, suka tolong orang?"

Hyebin mengerutkan dahinya. Sedikit pelik dengan sikap Jeonghyeon malam itu.

"Mungkin. Yang kau macam nak marah kenapa?" soal Hyebin lagi.

"Mana ada. Aku cuma tak nak lah kau terima dia sebab tengok luaran dia je,"

"Oh, faham. Kau mesti tak nak aku menyesal kan nanti? Caring juga kau ni rupanya," Hyebin ketawa perlahan.

"Ya lah. Nanti kau kecewa, kau menangis dekat Hanbin pula. Dah Hanbin takde masa untuk aku nanti sebab nak kena pujuk kau,"

HimWhere stories live. Discover now