30

53 10 0
                                    

"Omma rasa dah lama lah Leejeong tak datang sini,"

Puan Park yang baru muncul dari dapur itu bersuara sebelum mengambil tempat di sebelah Hyebin yang duduk di sofa.

"Kamu bergaduh dengan dia ke Hanbin?" soal wanita itu lagi sambil memandang Hanbin yang duduk di sofa bertentangan dengannya.

"Mana ada lah. Sekarang ni Hanbin yang selalu lepak rumah dia. Saje, cuba tukar suasana tempat belajar," balas Hanbin.

Hyebin yang mendengar perbualan itu hanya mendiamkan diri. Sejak kejadian pergaduhan yang dilihatnya itu, memang dia sudah tidak melihat Jeonghyeon di rumah mereka lagi. Pulang sekolah juga, dia bersendirian kerana Hanbin mengikut Jeonghyeon pulang.

"Oh, macam tu pula? Hyebin, tak join sekali? Kamu okay ke belajar kat rumah sorang-sorang?" soal Puan Park.

"Okay je," balas Hyebin pendek.

"Appa balik lambat ke Omma?" Hanbin menyoal, cuba mengubah topik.

"Ya. Dia nak kena uruskan banyak benda sebelum pergi ke Jeju nanti,"

"Omma, Hyebin dah mengantuk lah," Hyebin menguap kecil.

"Pergi lah naik tidur,"

Gadis itu menurut dan berlalu ke tingkat atas. Kini, cuma tinggal Puan Park dan Hanbin sahaja di situ.

"Kamu tak berbaik lagi dengan Hyebin?" wajah anak sulungnya dipandang.

"Omma tahu?"

Puan Park tersenyum.

"Omma terdengar perbualan kamu haritu. Sebab Leejeong kan? Sebab tu lah dia dah tak datang sini sekarang, sebab adik kamu cakap macam tu?"

Hanbin mengangguk.

"Entah lah Omma. Omma tahu kan, Hanbin memang takkan tinggalkan Leejeong. Tapi, Hyebin tu kembar Hanbin, jadi Hanbin tak suka lah macam ni dengan dia," Hanbin mula mengadu.

Setelah apa yang terjadi, memang hubungannya dan Hyebin renggang. Kembarnya itu sentiasa mengelak darinya. Bila ditanya apa-apa, hanya dijawab sepatah.

Puan Park bangun dan beralih duduk ke sebelah Hanbin. Kepala anaknya itu diusap lembut.

"Takpe, nanti Omma cuba cakap dengan Hyebin. Kalau dia tahu cerita sebenar, mesti dia faham,"

HimWhere stories live. Discover now