11

53 8 6
                                    

Hyebin duduk di batu besar yang berada di pantai itu. Sengaja duduk jauh dari orang lain. Lagi-lagi jauh dari lelaki bernama Jeonghyeon itu.

"Duduk kat sini, teringat Halmeoni," ujarnya perlahan.

Sejak kecil, dia memang tinggal bersama neneknya. Semuanya kerana keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan waktu itu. Jadi, dia ditinggal bersama neneknya di kampung.

Bila bapanya mendapat kerja yang lebih baik dan makin senang, dia diajak untuk kembali ke Seoul. Tetapi waktu itu, dia menolak. Dia sudah selesa tinggal di kampung bersama neneknya itu.

Sehinggalah beberapa bulan lepas, kesihatan neneknya tidak begitu baik. Jadi bapa saudaranya yang juga merupakan seorang doktor, memutuskan untuk membawa Nenek Park tinggal bersamanya. Kerana itu lah Hyebin kembali ke Seoul untuk tinggal bersama keluarganya.

Suara tawa di belakangnya membuatkan Hyebin kembali ke alam nyata. Dia menoleh ke belakang dan kelihatan Hanbin dan Jeonghyeon sedang berjalan ke arahnya sambil ketawa suka.

"Tch, bahagia betul pasangan bercinta ni," kutuk Hyebin.

"Hyebin ah, kau buat apa duduk kat situ? Sini lah, kita jalan-jalan!" Hanbin memanggilnya.

"Tak nak lah! Malas nak kacau orang bercinta," ujar Hyebin.

"Yaa, kitorang tinggal kau nanti, baru kau tahu," Hanbin mengugut.

"Jom je lah Bin, biarkan dia sorang-sorang. Seronok sikit kalau dia takde," Jeonghyeon sengaja memprovok.

Hyebin melihat lelaki itu memeluk bahu Hanbin dan berjalan pergi. Rasa sakit hati timbul dalam dirinya. Sejak ada Jeonghyeon, dia rasa dia makin jarang meluangkan masa dengan kembarnya itu.

"Tak guna betul," Hyebin melompat turun dari batu besar itu.

Dia berlari mendapatkan mereka dan terus mencelah di antara Hanbin dan Jeonghyeon. Lengan kembarnya terus dipaut.

"Woi, apa ni? Hanbin aku punya!" Jeonghyeon bersuara tidak puas hati.

"Takde, ni kembar aku! Kau pergi cari kembar sendiri," Hyebin menolak Jeonghyeon jauh darinya.

"Takde, Hanbin aku punya. Kau juga cakap yang kami ni pasangan bercinta. So, jangan nak jadi orang ketiga kami," Jeonghyeon cuba menghampiri lagi.

"Takde, kau pergi sana," Hyebin menolak Jeonghyeon lagi.

"Takde, kau tu yang pergi sana!"

Kali ini Jeonghyeon menarik bahu Hanbin sehingga pautan Hyebin pada lengan kembarnya terpisah.

"Yaa!" Hyebin menjerit tidak puas hati.

"Cepat Bin, kita tinggalkan dia!"

Jeonghyeon menarik Hanbin untuk lari bersamanya. Kedua sahabat itu ketawa suka melihat Hyebin yang sudah ingin mengamuk itu.

"Kejar lah kami kalau dapat!" jerit Jeonghyeon.

"Tak guna!"

Hyebin terus berlari mengejar mereka dengan jeritan tidak puas hati. Manakala Jeonghyeon dan Hanbin, keduanya makin galak mengusik Hyebin.










So setakat ni, okay ke? Kita dah lama tak menulis so perlukan feedback dari korang yang baca.

HimWhere stories live. Discover now