Jeonghyeon memandang sepi pesanan yang diterima dari Hanbin itu. Dari semalam lagi, tidak berhenti pesanan dan panggilan masuk dari Hanbin. Semua diabaikan olehnya.
Dia juga tidak ke sekolah pagi itu. Badannya sakit-sakit kerana bergaduh semalam. Mujur sahaja bapanya tidak banyak soal bila dia mengatakan dia tidak mahu ke sekolah tadi.
Kepalanya disandarkan ke kepala katil sambil matanya dipejam. Mahu melayan perasaan sebelum dia turun mencari apa yang boleh dimakan memandangkan dia lapar kerana tidak menjamah sebarang makanan dari semalam.
"Leejong bodoh! Aku ingatkan kau dah mati,"
Matanya dibuka saat satu suara menerpa ke pendengarannya. Wajah berang Hanbin berada di sisi katilnya.
"Yaa, macam mana kau-, sakit lah setan!"
Jeonghyeon menjerit kuat bila kepalanya ditolak Hanbin.
"Padan muka kau! Aku ni lagi sakit hati tahu tak kau tak reti nak angkat call aku!" tubuh Jeonghyeon ditolak sebelum dia duduk di sisi lelaki itu.
"Ala, baby saya merajuk ke?" Jeonghyeon mencuit-cuit pipi Hanbin namun tangannya laju ditepis.
"Kau kenapa tak datang? Nasib baik Appa kau bagitahu passcode pintu waktu aku call dia tadi,"
"Badan tak sedap lah. Lama tak bertumbuk kan," ujar Jeonghyeon selamba.
"Bodoh," kutuk Hanbin perlahan.
"Yaa, kau nak tahu?" Hanbin menyoal perlahan.
"Apa dia?"
Hanbin mengeluh perlahan.
"Hyebin, dia tak bagi aku kawan dengan kau sebab kau pembuli," ujar Hanbin jujur.
Jeonghyeon yang mendengar itu diam sejenak sebelum dia tertawa kecil.
"Dah tu, tak payah lah kawan dengan aku," Jeonghyeon membalas selamba.
"Kau bodoh? Kalau bukan dengan kau, siapa lagi nak jadi kawan aku?"
"Tapi kembar kau tak suka aku," balas Jeonghyeon.
"Habis tu, takkan sebab dia je aku kena berhenti kawan dengan kau? Lagipun kau bukannya pembuli,"
"Tapi dia kembar kau. Mestilah dia lagi penting dari aku,"
"Kau boleh ke kalau tak kawan dengan aku?" soal Hanbin lagi.
"Aku mati je lah kalau kau takde,"
Hanbin diam sejenak. Memang dari dulu, mereka cuma berdua. Dari tahun pertama masuk ke sekolah tinggi, dia hanya berkawan dengan Jeonghyeon.
Tiada pelajar yang berani mendekati Jeonghyeon kerana lelaki itu bagi mereka menyeramkan. Hanya Hanbin sahaja yang setia dengannya.
"Tengok, nampak sangat kau tak boleh hidup kalau takde aku," ujar Hanbin perlahan.