PROLOG

4.7K 165 2
                                    

SKRIN komputer riba yang berada dihadapan
sekarang, ditatap dengan pandangan kosong. Bosan! Dalam pada bosan, tangan ni tetap gatal nak main lagi dan lagi sehinggalah jam di dinding sudah pun merangkak ke angka dua pagi. Jari telunjuk aku buat ketuk-ketuk meja.

Mulut yang sudah ternganga luas tadi, ditekup
menggunakan belakang telapak tangan. Seketika, perhatian yang sudah terawang entah kemana tadi, kembali teralih tatkala suara garau itu kembali memukul gegendang telingaku. Lekas-lekas aku sedarkan diri aku semula.

"Awak dah mengantuk ke? Saya tengok dari tadi awak dok menguap tak habis-habis? Ke sebab saya ni membosankan?" Si dia menyoal lagi. Suara menuduh pula kalini.

Haah awak memang membosankan. Ikutkan hati mahu saja aku balas sebegitu, namun melihat raut wajah si dia yang seperti sudah tertelan sepuluh biji gegat, akhirnya aku hanya simpan rapat dalam hati.

Senyuman hambar aku terus lemparkan ke arahnya. "Eh mana ada. Awak best. Kita suka dengar awak bercerita. Ceritalah lagi, cerita sampai esok pagi pun tak apa..." Betapa sarkastiknya suara aku membalas. Kalau tak sedar lagi, tak tahulah nak kata apa.

Lelaki itu menganggukkan kepalanya dalam senyuman tipis. "Tak apalah... Awak pergilah tidur, dah lewat sangat ni. Esok kita sambung lagi." ujarnya dengan nada yang sangat pasrah.

Mengalah.

Dengan tak malunya, raut wajah yang tadinya kosong, pantas ditukar dengan raut wajah
cemberut. Taktik yang paling ampuh buat masa sekarang. Seketika, tangan aku buat untuk menongkat dagu.

"Awak okey ke? Awak tak marah dekat kita? Mana tahu kut-kut sebenarnya awak tak rela pun nak lepaskan kita..." Suara aku buat-buat layu. Suara minta simpati. Minta simpati atau minta kaki aku pun tak tahu.

Melihat pandangan si dia yang sudah mulai bertukar redup, buatkan aku rasa nak menari shuffles depan dia sekarang. Mesti dia dah termakan dengan memek muka manja aku tadi.

Yes! Mission accomplished!

"Tak, saya faham awak mesti letih. Pergilah tidur
sana. Oh, sebelum tu, jangan lupa mimpikan saya malam ni tau..." usik lelaki itu dengan tawa halus.

Aku ketawa. Tapi, ketawa yang jelas dibuat-buat.
Sangat plastik dan sangat fake! Gurauan lelaki itu tadi, buatkan aku rasa nak hempas laptop ni dekat dinding. Geli geleman sungguh!

"Eh, mestilah kita akan mimpikan awak. Awak kan
kacak, baik, soft spoken pula tu. Mesti mimpi tu akan jadi mimpi yang paling terindah dalam hidup saya..." Aku terkekeh-kekeh ketawa sambil badan mula menggeletis tak ubah seperti lintah ditabur garam.

Giliran lelaki itu pula ketawa terhibur.

"Lucu la awak ni. Kalau awak nak tahu, saya suka tau dengan perempuan yang ada sense of humour ni. Macam awak. Tak cepat membosankan. Nak sembang lama-lama pun syok," puji si dia. Pujian yang bagi aku cukup melambung-lambung.

Kalau pujiannya tadi dibagi ke perempuan lain, mungkin mereka sudah aww disitu. Tapi bagi aku, pujiannya tadi tak cukup untuk buatkan perut aku seperti ada rama-rama bertebangan, sebaliknya, aku dapat rasakan muntah hijau yang akan keluar dari kerongkongku ini.

"Ala awak ni... jangan la puji kita lebih-lebih. Kita
malu la!" Selepas berbicara, kalini aku rasa nak hentak kepala aku dekat dinding berkali-kali.

You're crazy!

Untuk kali yang keduanya, aku buat-buat menguap lagi. Sengaja nak bagi hint untuk si dia lagi. "Erm, awak... kita masuk tidur dulu ya? Kalau ada rezeki, Insya-Allah, kita berbual lagi..." Dalam hari aku sudah panjat doa agar tiadalah rezeki itu. Amin.

Lelaki itu mengangguk. Senyum.

"Okey. Bye, I love you sayang!" Tanpa rasa segan silunya dia berkata.

Terkedu sekejap. Aku buat-buat ketawa lagi. Hahaha kau memang gila. Kenal tak sampai sejam dah pandai ucakan kata keramat itu. Duh! Tak ada salam, tak ada apa...

Pap!

Tanpa perlu fikir dua kali, aku terus keluar dari aplikasi cari jodoh itu. Maka dengan itu, berakhirlah kisah aku dengan seorang lelaki beruniform. Ya, lelaki yang tadinya, merenyam seperti buaya tembaga itu, adalah seorang askar darat.

Hilang sahaja muka tapir itu tadi, aku terus juling mata ke atas. Dasar buaya darat! Tipikal starter pack lelaki mulut manis betul. Tak usah cakap banyak, dari segi gaya dan lenggok percakapan sahaja, aku sudah dapat mengecam yang si dia itu memang tipikal buaya darat.

Tapi bagi aku, lelaki tadi bukanlah lelaki buaya pertama yang aku pernah jumpa. Dah macam-macam jenis manusia aku jumpa di aplikasi itu.
Antara yang paling aku akan ingat sampai
bila-bila, adalah seorang lelaki yang sedap-sedap claim diri itu single, walhal sudah berkahwin dan mempunyai anak sederet. Emang dasar!

Disebabkan manusia tak bermoral seperti dia, buatkan aku yang perlu hadap balanya. Mana tidaknya, tiga hari berturut-turut, isteri dia pergi serang aku dekat semua media sosial. Bodoh aku juga, pergi bagi nombor dan media sosial aku kepada lelaki itu. Haih...

Cara paling berkesan untuk aku melepaskan diri adalah dengan menyekat nombor isterinya. Jujur, dalam seminggu, tanpa skip seharipun aku solat taubat. Minta ampun pada Tuhan. Harap-harap abang itu juga sudah bertaubat ke jalan yang benar.

Selesai throwback kejadian dahulu, 2:30 pagi, barulah laptop aku switch off. Badan kemudiannya, terus dihempaskan di atas katil bujang aku. Perlahan-lahan kelopak mata aku mulai memberat dan akhirnya terus terkatup rapat.


tbc

SENJA [OG]Where stories live. Discover now