01 - The Truth

3.2K 141 11
                                    

.BECKY POV.

"Jom walk night sayang."

Aku terus berdesup masuk ke dalam tandas untuk menyiapkan diri kerana kekasih hati mengajak aku keluar jalan-jalan.

Dah satu hari aku hanya terperap di rumah di sebabkan oleh Win yang terlalu sibuk main game dengan Archen. Kalau aku tak call dan buat-buat merajuk, mesti dia akan sambung main game.

Kalau ikut rate, mungkin aku nombor 2.

1. Game
2. Aku
3. Archen

Apa-apa semua dengan Archen. Sampaikan aku confius, siapa kekasih hati dia ni?

Aku atau Archen?

Hampir 1 jam aku bergelut dengan diri sendiri dan akhirnya aku sudah siap dengan full makeup.

Pakaian aku hanya biasa-biasa sahaja. T-shirt oversize dan seluar panjang hitam. Jalan-jalan waktu malam, mesti cuaca sejuk. Lagipun aku tak nak kena bebel dengan Win.

Dia kalau dah membebel, boleh makan hampir 1 jam. Aku tak nak dengar semua tu walaupun suara dia cukup membuaikan.

His husky voice is my fav.

Tiba di basement, aku melihat dia yang sedang duduk di bonet depan kereta sambil memegang sesuatu dibelakangnya. Aku hanya berjalan santai menuju kearahnya sambil membuat muka tanda merajuk.

"Ingatkan dah lupa yang dia ada girlfirend." Perliku sambil menjelingnya tajam.

"Merajuk ke ni?" Soalnya.

"Sure? Okey, jual balik lah lolipop ni." Ucapnya sambil mengeluarkan lolipop yang dari tadi tersembunyi dibelakangnya.

"Nak!!!!"

Tone suara aku terus berubah ceria melihat manisan kegemaran aku. Aku melihatnya tergelak kecil dan pantas perutnya menjadi sasaran aku.

"Auch...sakit lah sayang.." rengeknya yang tak ubah seperti budak kecil.

"Mengada!" Perutnya aku cubit lagi.

"Sorrylah. Jangan salahkan aku tapi salahkan Archen. Dia yang ajak main game sepanjang hari. Kalau tak percaya, call dia." Katanya percaya diri.

Aku pula pantang di cabar. Pantas aku mengambil fon di dalam beg dan bersiap untuk menelefon madu lain jantina aku tu. Namun, tergantung apabila dia menghalang.

Nampak sangat menipu tu. Aku tahu dia yang ajak Archen main game sampai tak ingat dunia. Si Archen pula ikut kepala kawan baik dia ni.

"Sorry okey..nah lolipop.." dia menghulur manisan kepadaku.

Apabila aku ingin mengambilnya pantas dia menarik semula sambil menyentuh pipinya beberapa kali.

"Kiss me first.." ucapnya dengan penuh senyuman.

Aku membuat muka dan selepas itu aku menjinjit untuk menguncup pipi kirinya.

"Good girl.."

Hidungku di cuitnya lalu 4 batang lolipop berpindah ke tanganku.

"Jom kita jalan sayang.."

.POV END.

***

"Jumpa aku dekat tepi padang futsal. Ada sesuatu yang aku nak bagitahu." -Archen

Dahi Becky berkerut membaca pesanan ringkas dari Archen. Pandangannya fokus di keluar kelas di mana ada Archen yang sedang menanti dirinya untuk pergi bersama.

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now