08 - Cemburu

1.3K 98 11
                                    

.CAFE.

"Tee.." kepala Tee mendongak melihat siapa yang memanggilnya.

"Oh, hai kid." Sapa Tee riang.

Becky menarik kerusi lalu duduk depan Tee yang sedang sibuk melakar diatas kertas lukisan.

Perbuatannya diperhatikan oleh Becky sehinggakan dia tidak senang untuk melakar.

"Did you have something to tell me?" Soalnya.

Becky hanya menunjukkan barisan giginya. Pandai betul kekasih Irin ni meneka. Tak macam kawan baik dia tu.

Hampeh!

"Aku cuma nak tahu..."

"Nak tahu apa?"

"Masa kau bagi alamat dan nombor telefon aku dekat Freen, dia ada bagitahu detail tak kenapa dia nak semua tu?" Soal Becky.

"Takde pun. Dia ada tanya kau selalu pergi ke kolej naik apa. Lepastu aku cakaplah dengan Irin."

"Lepas tu?" Soal Becky lagi.

"Kid, bukan aku dah jawab semua soalan ni? Kenapa tanya lagi?" Soal Tee hairan.

"Ish, jawab je lah.."

"Aku bagitahulah lately ni kau ke kolej naik teksi sebab Irin masih cuti. Tiba-tiba dia minta nombor dan alamat kau. Aku bagi je lah. Dia ada bagitahu tak yang dia nak hantar kau ke kolej?" Kata Tee yang di akhiri dengan soalan.

"Takde. Dia tiba-tiba muncul dekat basement appartment aku." Jawab Becky dan Tee hanya mengangguk sahaja.

"Tee..." panggil Becky lagi.

"Erm.."

"Irin cakap dia ada boyfriend. Mana boyfriend dia? Aku tak pernah nampak pun. Aku selalu tengok dia sendiri je. Betul ke si ais kutub tu ada boyfriend? Macam tak percaya je.."

Tee menghentikan kerjanya. Dia memandang Becky sambil tergelak kecil. Apa tadi dia gelarkan Freen? Ais kutub?

"Dia ada boyfriend tapi boyfriend dia tak belajar dekat sini. Boyfriend dia student dekat Alora College dan nama dia Bright. Irin takde cerita ke?"

Becky menggeleng kecil. Buat apa nak tanya dekat orang yang tak rapat dengan Freen? Silap-silap Irin reka cerita dekat dia macam mana?

"Dingin macam tu pun ada boyfriend kan?"

"Dengar sini aku cerita." Tee melepas penselnya lalu menongkat kepala sambil menatap Becky.

"Dia jadi macam tu dekat orang yang dia tak rapat je. Dia tu jenis yang susah nak akrab dengan seseorang. Senyuman dia tu, so limited edition. Orang yang begitu rapat je boleh nampak senyuman indah dia. Jadi jangan pelik dengan sikap dia. Bila dia dengan kitaorang, elok je dia senyum dan ketawa macam orang lain."

Tee mula bercerita tentang sikap unik kawan baiknya itu. Masa dia kenalkan Irin pun, Freen pun bersikap macam tu. Tapi lama-lama mereka menjadi dekat walaupun kadang-kadang ada rasa kekok kalau tinggal berdua.

"Tapi dengan aku dingin semacam je. Penat aku buat segala benda untuk tengok senyuman dia. Apa yang aku dapat hanya tatapan dingin je. Aku nak tengok senyuman dia secara dekat je." Kata Becky tidak puas hati.

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now