05 - Rainy

1.2K 99 4
                                    

.BECKY POV.

Aku memandang luka yang aku buat sendiri semalam. Bukan sebab aku sengaja tetapi terkena serpihan kaca pecah.

Aku tak sebodoh orang lain yang suka cederakan diri sendiri. Luka di belakang kaki ni pun aku dapat sebab kelekaan aku sendiri. Ingatkan aku dah bersihkan semua, rupanya tidak.

Aku yakin luka ni dah sembuh sebab dah tak keluar darah. Dengan yakinnya aku memakai stoking lalu menyarung kasut convers kegemaran aku tanpa menutup luka itu dengan pembalut.

Di sebabkan hari ni aku pergi ke kolej sendiri, aku mengambil keputusan untuk naik teksi. Ye lah, aku tak pandai drive dan Irin pula tak masuk kelas hari ni sebab ada hal peribadi.

Apabila aku keluar dari basement, aku sedikit terkejut melihat sosok Win yang sedang menungguku di luar kereta.

Apa lagi lelaki ni nak?

Tak cukup ganggu aku melalui pesanan teks, sekarang nak ganggu aku dengan cara ni pula?

Aku mengambil keputusan untuk tidak menegurnya dan menuju ke tempat yang selalu aku pergi untuk menunggu teksi.

"Becky!" Lenganku di tarik sedikit kasar olehnya.

"Sorry.." ucapnya sebaik sahaja aku menatapnya datar. Genggamannya di lepaskan.

"Kau masih marah aku?" Soalnya.

Soalan ke tu? Berapa kali aku kena jawab soalan tu? Aku tak marah dia tapi aku kecewa dengan sikap dia. Mati-mati aku ingat dia lah lelaki yang paling baik yang pernah aku jumpa kat dunia ni.

Tapi aku salah. Lelaki yang kelihatan baik di luar belum tentu baik di dalam dan aku anggap diri aku yang salah sebab tu dia curang.

Baik tak aku?

"Aku tak marah Win. Aku kecewa." Jawabku datar.

"Bagi aku peluang untuk betulkan semua ni. Kau tak bagi aku peluang untuk memilih antara kau dan Rane."

"Oh Rane nama dia. Beautiful name like her." Balasku santai dan sedikit memberikan senyuman tipis.

"I'm still loving you Sayang.."

"Win enough! Hubungan kita dan tak macam dulu. Kalau sayang, bukan macam ni caranya. Kalau sayang, kau takkan cari lain. Banyak kali dah aku cakap dengan kau. Kalau bukan salah kau, mungkin salah aku sebab tu kau cari lain."

Dia terdiam. Boleh nampak raut wajahnya berubah. Betullah apa yang aku cakap. Kisah dulu jangan di ungkit. Lagipun hubungan ni dah 2 bulan berlalu.

"Win, kalau Archen tak bagitahu semua ni sampai bila aku kena tipu? Sampai bila aku kena berkongsi kasih sayang dengan orang lain?"

"Archen bagitahu?"

Soalnya sambil mengerutkan kening. Lah, Archen tak bagitahu dia ke punca aku tahu perangai tak baik dia ni? Wow! Pandai lelaki tu jaga hati orang lain.

"Kalau Archen tak bagitahu pun, aku dah tengok dengan mata aku sendiri. Kau merayu depan aku macam ni, kau ingat aku tak tahu kau tengah bahagia dengan kekasih baru kau? Stop merayu macam pengemis Win."

Boleh nampak aura kecewanya dengan jelas sekarang. Nak kecewa apa? Sendiri buat sendiri tanggung.

"Jangan jumpa aku macam ni lagi. Nanti kekasih hati kau tengok, dia tuduh aku macam-macam pula. Just remember one thing, aku tak marah atau benci kau tapi aku kecewa."

"Kecewa sebab orang yang paling aku sayang, tikam belakang aku macam ni. Bagus kau tikam aku dengan pisau daripada kau seksa aku macam ni. Aku pergi dulu."

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now