Becky sibuk di dapur untuk menyiapkan sarapan. Jam sudah menunjukkan jam 9 pagi namun Freen masih enggan bangun dari tempat tidurnya.
Jadi dia berinisiatif untuk membangunkan Freen sebab dari semalam lagi dia tak makan dan itu membuatnya sedikit risau.
Macam mana dia nak tinggalkan Freen sendiri kalau perangai dia macam ni? Macam mana kalau dia tiba-tiba buat sesuatu di luar jangkaannya?
Memikirkan perkara itu sahaja dah boleh buat dia takut.
"Freen.."
Dia menggoncang tubuh Freen perlahan namun tiada sebarang pergerakan.
"Freen bangun.."
Kali ni pipi Freen pula dicubit sedikit kuat dan hasilnya orang itu membuka matanya.
Becky mengeluh kecil. Tengoklah keadaan Freen sekarang. Matanya masih bengkak dan wajahnya sedikit pucat kerana tidak bertenaga.
"Jom sarapan. Lepas makan sambung tidur balik."
Ajaknya lembut. Freen hanya menggeleng kecil lalu menarik selimut sehingga menutup kepalanya.
"Macam mana aku nak balik kalau kau macam ni? Makanlah sikit nanti kau sakit."
"Biarkan sakit. Sakit sampai hilang nafas."
"Freen!!"
Dia membenci kata-kata yang keluar dari mulut orang itu. Selimut dia tarik dengan paksa.
"Makanlah. Jom. Aku ada kelas petang ni. Aku nak balik."
"Baliklah."
"Aku akan balik kalau kau dah makan dan tak lemah macam ni."
Freen hanya diam. Dia cuba untuk mengumpul tenaganya untuk bangun. Wajah Becky dia tenung untuk beberapa saat lalu memaksakan diri berjalan menuju ke dapur.
"Makan ini dulu. Nanti tengah hari Tee datang bawa makanan."
Segelas susu di tolak kearah Freen. Tanpa banyak ugutan, dia minum hingga separuh.
"Makan ni. Makan sampai habis."
"Kau tak letak racun kan?" Soal Freen dengan wajah yang serious.
"Freen!"
"Kalau ada letak lebih sikit."
Becky sedaya upaya untuk menahan sabar.
"Kalau kau yang pergi, mungkin aku akan jadi macam kau juga."
"Lol! Kita tak serapat itu untuk kau jadi macam aku sekarang."
"Betul juga. Mana mungkin aku sedih kalau kau pergi. Ada pun hanya 2 hari dan selepas itu akan happy macam selalu."
Kata Becky menyetujui kata-kata Freen sebentar tadi.
"Habiskan!"
Suara Becky menaik 1 oktaf apabila makanan yang dia buat tidak habis di makan. Padahal tinggal beberapa suap je lagi.
"Tak nak."
"Makan!"
"Tak nak!"
"Ish!"
Becky bangun dari tempatnya lalu duduk disebelah Freen. Kini dia sudah memegang sudu dan bersiap untuk menyuapnya makan.
"Buka mulut."
"Aku dah kenyang."
"Kenyang apa? Semalam kau tak makan. Jangan cakap makan, minum pun tidak. Kalau aku kumpul air mata kau semalam, mungkin dah cukup untuk isi satu baldi penuh."
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...