10 - Errorist

1.3K 107 5
                                    

"Becky.."

Becky menoleh apabila namanya dipanggil. Dia terkejut apabila Win tiba-tiba muncul dihadapannya.

Apa lagi lelaki ni nak? Mereka dah putus hampir 5 bulan dan kenapa tiba-tiba dia boleh muncul lagi?

"Kau nak apa?"

"Bagi aku peluang kedua?" Rayu Win tiba-tiba.

"Aku dah cakap yang kita takkan bersatu. Kau takkan cari yang lain kalau kau betul sayang aku. Cukuplah, aku tak nak tengok muka kau."

"Becky please.." Tangan Becky dia raih namun pantas di tepis.

"Jangan merayu macam ni. Kau buat aku ni macam jahat sangat."

"Bec, please. Aku janji akan putus dengan Rane kalau kau terima aku. Aku tak boleh hidup tanpa kau."

"Tapi kau masih hidup sampai sekarang."

Win termati kata. Terasa seperti termakan dengan umpan sendiri.

"Win, sorry memang takde peluang kedua untuk kau. Peluang kedua atau peluang terakhir sekali pun, aku takkan bagi. Kau dah buat aku takut untuk terima kau balik. Tolonglah faham."

Hampir air mata Becky mengalir. Sakit yang dia rasa sampai sekarang masih melekat.

Apa yang dibuat oleh Win terhadapnya betul-betul membuatkan dia tidak percaya pada lelaki.

"Aku janji akan berubah. Aku mengakui kesalahan aku. Tolong maafkan aku. Aku menyesal buat semua ni. Sikap kau dan Rane sangat jauh beza. Semua yang takde pada Rane, ada pada kau. Please maafkan aku. Kita mulakan semula hubungan ni. Please.."

"Aku boleh maafkan kau tapi rasa sakit ni takkan hilang. Rasa dia sakit sangat Win. Sakit!"

"Bagi aku ubat sakit tu balik. Aku yang buat jadi biar aku yang ubat. Aku janji akan buat kau bahagia Becky. Please jangan tinggalkan aku lagi. Kalau kau bagi aku peluang untuk memilih pada malam tu, aku akan pilih kau dan putus dengan Rane. Sayang please..I need you because you are my world."

Win merayu lagi. Becky menggeleng. Air matanya yang tidak sengaja mengalir di lap secara kasar.

Bohong kalau dia cakap yang dia tidak merindukan Win. 3 tahun adalah tempoh yang cukup lama untuk mereka berdua. Di tambah lagi Win adalah cinta pertamanya dan dia tak sangka akan di perlakukan seperti ini.

Rasanya sakit sangat apabila di tipu oleh orang paling dia sayang.

"Tolong lupakan aku. Aku tak benci kau dan aku dah maafkan apa yang kau buat. Jadi tolong, jangan muncul dalam hidup aku. Aku merayu Win. Aku merayu sangat. Kau dah ada Rane, so jaga dia baik-baik dan sayang dia seperti mana kau sayang aku dulu. Tolonglah faham perasaan aku ni. Aku tak minta lebih dari kau.."

"Sayang..." suara Win melemah memanggil Becky.

Air mata Becky jatuh begitu sahaja apabila panggilan itu keluar dari mulut Win. Betapa rindunya dia dengan panggilan tersebut. Dah lama dia tak dengar perkataan itu sejak hubungan mereka musnah.

"Becky?"

Tiba-tiba suara Freen kedengaran. Dia menoleh memandang Freen yang entah sejak bila dia ada di kawasan sunyi ni.

"Aku pergi dulu. Aku maafkan kau dengan syarat jangan muncul depan aku lagi. Selamat tinggal."

Becky melangkah meninggalkan kawasan itu dengan penuh air mata yang membasahi pipi.

"Kau buat apa dekat dia? Siapa kau?"

Soal Freen datar sebaik sahaja berhadapan dengan Win.

"Win. Bekas kekasih dia."

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now