Freen Pov.
Mungkin Irin akan sedikit terkejut apabila aku mengajaknya berjumpa secara tiba-tiba hari ni. Selalunya kami akan berkumpul 4 orang terus.
Bukan apa, aku dengan dia ni takdelah terlalu rapat sangat dan takdelah terlalu jauh sangat. Dia kawan baik kekasih aku dan kekasih kepada kepada kawan baik aku sendiri. So, apa tujuannya nak jumpa dia secara personal?
Tapi hari ni lain. Aku nak jumpa dia sebab nak minta tolong sesuatu dan hanya dia je yang boleh tolong aku.
Hampir 10 minit aku menunggu, akhirnya dia datang juga.
"Tak pernah-pernah ajak aku jumpa. Kenapa? Perlukan bantuan?" Soal Irin lansung.
"Erm. Sangat perlukan bantuan dari kau."
"Apa dia?" Soalnya ringkas.
"Kau mesti ada nombor telefon Charlotte kan? Bagi aku boleh?" Soalku tanpa basa-basi.
"Bagi kau? Untuk?"
"Adalah. Boleh bagi tak? Tapi jangan bagitahu Becky."
"Boleh tu boleh. Tapi kalau berlaku apa-apa, aku tak nak terlibat."
"Okey!"
"Tak perlu kot nak jumpa macam ni sekali. Kau boleh je chat aku untuk minta. Kenapa kena jumpa? Buat aku takut je lah. Ingatkan kesayangan kau buat salah besar apa lah.."
Bebel Irin sambil tangannya mencari contact nama Charlotte lalu menemakan butang hantar.
"Alang-alang kau dekat sini. Kau pergi mana dengan Becky semalam? Dia ada ajak kau buat benda bukan-bukan?" Soalku lagi.
Irin menggeleng kecil tapi bila tengok air mukanya, macam ada sesuatu yang berlaku semalam. Takpe, aku cuba berfikir positif.
"Betul? Korang berdua keluar seharian suntuk takkan tak buat benda extreme?"
"Kitaorang pergi makan, wayang, bowling. Petang pergi taman dan malam tak sempat night walk sebab kau suruh dia balik. Anything else? Nak rakana dashcam kereta aku juga ke? Mana tahu nak bukti lebih kukuh." Ucap Irin panjang lebar.
Jangan ingat Tee je ada perangai buruk macam ni. Perangai aku lagi buruk dari kekasih hati kau tu. Cuma bezanya, hubungan korang berdua terlalu damai dan tak pernah berahsia.
"Aku tengok pipi dia merah dan bergaris. Kenapa? Jatuh basikal?" Soalku.
Sengaja nak pancing dia. Tapi memang betullah, semalam masa aku datang ke rumah dia, pipi dia merah dan ada garisan halus. Halus sangat. Kalau betul jatuh basikal, dia langgar apa sampaikan muka dia yang terluka bukan lutut.
Aku tahu dia cuba untuk kelihatan tenang. Kepalanya pula mengangguk kecil. "Kau macam tak kenal dia. Clumsy girl macam dia kena protect 24 jam. Dah protect pun, mesti akan cedera juga." Jawabnya bersahaja.
"Okeylah..thanks for the contact. Aku nak keluar dengan Tee."
"Okey..nice to meet you Freen.."
"Erm.." aku hanya mengangguk lalu bangun dan terus keluar ke cafe.
"Macam ada yang tak kena.." bisik aku dalam hati. Memang ada something yang dia sembunyikan.
Langkah aku terhenti dan kembali duduk menghadap Irin yang sedikit terkejut dengan tindakan aku.
"Ada barang tertinggal ke?" Soalnya. Aku hanya menggeleng.
"Jujur dengan aku. Apa yang dah berlaku sepanjang kau keluar dengan dia? Tak mungkin dia jatuh basikal dan pipi dia terluka macam tu. Kalau dia tergores dengan sesuatu pun, benda tu apa?"
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...