35 - Cry

1.2K 124 15
                                    

"Dah keluar hospital? Esok aku ambil kau jam 7.00 malam. Jangan lambat sebab aku ada hal lepas tu." - Freen

"Ye tahu. Nak jumpa scandal kau dan bagitahu hubungan kita berakhir." - Becky

"Diamlah.." - Freen

***

BECKY POV

Aku menghias wajahku sebaik yang mungkin. Walaupun hari ni adalah hari terakhir aku bersama dengan Freen, atleast aku perlu cantik di depan bakal bekas kekasih bodoh aku tu. Biar dia tahu rasa apa itu maksud menyesal sebab dah melepaskan seorang Becky Rebecca Armstrong.

"No! Jangan menangis!"

Pantas aku mendongak menatap ke siling bilik. Hampir sahaja air mata ni mengalir membasahi pipi.

Aku dah janji untuk tidak menangis hari ni. Semalam aku dah puas menangis untuk dia.

"Freen bodoh!"

Umpatku kesal. Setelah puas dengan riasan di wajah, aku pun memakai jam dan gelang lalu bangun mencapai handbag miliku sebelum keluar dari bilik.

"Kuatkan hati kau Becky. Walaupun sakit untuk terima kenyataan ni, dia tetap nak lepaskan kau demi orang lain."

Ayat itu aku ulang banyak kali agar diriku tetap kuat.

Keluar sahaja dari pintu basement, aku melihat keretanya sudah berada di depan mata. Dari luar pun aku dah boleh nampak aura negatif dia.

Kuat betul aura tu sampaikan aku rasa takut nak bersemuka dengan dia. Tapi aku rindu dia.

Kali terakhir aku jumpa dia dekat hospital. Sejak hari tu, dah takde chat untuk hantar makanan ke hospital. Tanya tentang keadaan? Lagi lah tak pernah langsung.

Dia hilang macam tu je.

Aku masuk ke dalam kereta lalu memakai seatbelt dan sempat menatap dia di sebelah.

Kalau hubungan ni masih baik-baik, dah lama aku masuk ke dalam pelukan hangatnya. Dah lama kami tidak berjumpa dan perasaan rindu dalam diri ni sedang membuak-buak.

"I wanna hug you Freen."

Bisikku dalam hati dan mataku mula berkaca. Terus aku memaling kearah jalan raya kerana tidak ingin terlihat lemah di depannya.

"Betul kau dah sihat ni? Aku tak nak kau menyusahkan aku bila kita dah sampai ke destinasi." Ucap Freen dingin.

"Erm.."

Hanya itu sahaja yang aku balas. Keadaan kembali sunyi lalu keretanya mula bergerak menuju ke tempat itu.

POV END

Freen membawa Becky menuju ke bukit tinggi dan dari atas sana mereka boleh melihat keindahan kota malam dengan bebas.

"Pandai kau pilih tempat. Ini kali pertama aku datang ke sini dan mungkin ini akan menjadi kali yang terakhir juga."

Becky memusing badannya menghadap kearah Freen.

"Cepat ucap kata keramat tu. Lepastu hantar aku balik dan kau boleh jumpa girlfriend baru kau."

Freen menoleh memandang Becky. Nafasnya ditarik dalam sebelum di hembus secara perlahan-lahan.

"Sebelum kita putus, aku nak kau jujur. Kalau kau tipu juga, maksudnya kau memang tak anggap aku ni pasangan kau. Lengan kau merah masa tu, bukan sebab kau jatuh tandas kan?"

"Bukan."

Freen mengangguk.

"Kau selalu kena ganggu dengan Win tapi kau tak pernah bagitahu aku. Yang tahu hanyalah Archen dan Irin. Betul?"

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now