09 - Upset

1K 104 16
                                    

Becky menghampiri Freen yang sedang menikmati minumannya. Wajah tanpa senyuman itu dia tatap untuk beberapa saat sebelum menolak kertas kecil kearah Freen.

"Tiket untuk kau."

Kata Becky. Freen mengerutkan keningnya sambil menatap kertas tipis itu.

"Lagi 3 minggu ada blue night. Suka tengok theater tak?"

Soal Becky dan Freen menggeleng. Wajah Becky langsung dia tak pandang.

"Ruginya! Aku ada persembahan music theater nanti. Datanglah."

"Tak berminat."

"Aku tunggu kau datang."

Freen mendongak memandang Becky dengan tatapan dingin. Macam mana nak bagi dia ni faham? Dah ditolak pun masih memaksa.

"Kalau aku cakap tak berminat, itu bermaksud aku tak nak datang. Tak faham bahasa ke?"

"Kenapa kau kejam sangat ni?" Soal Becky.

"Aku kejam dari segi mana? Aku tolak cara baik. Kalau kejam, aku dah koyak ticket kau."

Jawab Freen terlebih jujur dan dia berharap Becky akan faham.

"Aku tetap akan tunggu."

"Suka hati kau lah kid." Balas Freen dan kembali fokus pada kerja.

Becky menatapnya dengan perasaan kecewa namun perasaan itu ditolak ke tepi dan dia masih berharap Freen akan datang.

Dia pun berlalu dari kawasan itu meninggalkan Freen sendiri. Apabila Becky sudah menjauh, Freen memandang tiket itu cukup lama dan akhirnya dia menggeleng dan membiarkan ticket itu di atas meja. Dia pun kembali fokus pada kerjanya.

Sejak itu, Freen jarang melihat wajah Becky di mana-mana. Mungkin terlalu sibuk berlatih kerana hari kemuncak semakin menghampiri.

Dia cukup menikmati harinya tanpa ada gangguan dari Becky. Harinya cukup tenang sehinggalah hari tersebut telah tiba.

Dia betul-betul mengotakan janjinya untuk tidak pergi menonton persembahan Becky kerana sibuk menghabiskan masa dengan Bright sepanjang hari.

Rasa bersalah? Perasaan itu langsung tidak muncul dalam hati Freen. Dalam fikirannya hanya ada Bright, Bright dan Bright.

Dari pagi sampai malam mereka menghabiskan masa. Bukan apa, Bright terlalu sibuk dengan urusan kolej sehinggakan masa untuk Freen berkurang. Ditambah lagi Bright sering sakit dan masuk hospital dan perkara itu langsung tidak di ketahui oleh Freen.

***

Becky berasa kecewa apabila bangku paling dekat dengan pentas kosong tanpa pemiliknya. Hampir 1 bulan dia berlatih dan langsung tak pernah skip untuk memujuk Freen datang dengan pelbagai cara. Hanya 1 minggu terakhir sahaja dia tidak pujuk kerana dirinya betul-betul sibuk untuk persiapan akhir.

Dia sengaja untuk memberi Freen tiket VIP agar dia dapat melihat orang itu hadir. Tetapi dia tetap tidak hadir. Walaupun penonton mula memenuhi ruang theater.

Dia berasa kecewa tetapi tetap meneruskan persembahannya dengan baik walaupun jiwanya cukup hancur.

Nasib baiklah keluarganya datang untuk memberi semangat. Kalau tidak, mungkin semua hasil titik peluhnya sia-sia hanya disebabkan Freen tidak datang.

Selepas persembahan tamat, Becky memilih untuk balik ke rumah keluarganya untuk mencari kekuatannya yang hilang. Semasa dalam perjalanan balik ke rumah pun, dia hanya diam walaupun Baby mengajaknya bercerita.

Sampai sahaja di rumah, dia terus masuk ke dalam bilik dan menguncinya. Baby menatap pintu tertutup itu dengan penuh tanda tanya.

"P'char, kenapa dengan p'becky? Dia tak senyum pun. Padahal persembahan dia tadi best kot."

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now