02 - Broke up

1.6K 119 3
                                    

"Irin, jomlah balik!"

Becky menghentikan langkahnya. Dia memandang Irin dengan tatapan yang masam. Dah hampir 2 jam mereka jalan di mall dan satu barang pun belum ada yang di beli.

Apa tujuan Irin ajak dia keluar? Kata nak beli baju tapi dah 5 kedai baju mereka masuk tapi langsung tiada tangkapan.

"Japlah. Aku belum beli baju lagi." Kata Irin.

"Aku dah lapar. Dari pagi tak makan." Balas Becky.

"Okey kalau macam tu, kita makan dulu. Lepastu kita sambung. Boleh? Boleh tak?"

"Boleh tak?" Soal Irin lagi.

Becky hanya mengangguk setuju dan ikut sahaja keinginan kawan baiknya ini. Nanti merajuk, dia nak pergi kolej dengan siapa?

Naik teksi?

Memang tak lah.

Mereka masuk ke dalam sebuah cafe dan memilih tempat duduk disebelah tiang cafe.

Semasa sedang menunggu pesanan siap, anak mata Becky tidak sengaja menangkap satu pasangan yang baru sahaja masuk ke dalam cafe sambil berpegangan tangan.

"Win?"

"Huh? Mana?" Soal Irin sambil matanya memandang ke segenap penjuru.

"Haah lah. Dia dengan siapa tu?" Soal Irin.

"Scandal dia.." jawab Becky santai.

"APA?" Tone suara Irin meninggi dan hampir sahaja dia menjadi tumpuan pelanggan.

"Bisinglah kau ni. Kantoi lah nanti. Diam-diam sudah." Ucap Becky separuh berbisik.

"Bec, kau kena jumpa dua orang mangkuk tu. Bagi pelajaran. Eh bodohnya jantan tu."

"Biarkan. Aku malas nak malukan diri aku semata nak marah dorang berdua dekat public. Ada masa aku jumpa dia. Aku dah tahu benda ni lama cuma tak pernah tengok depan-depan."

"Bukan dia baik ke dengan kau? Kenapa perangai dia bangsat sangat?" Kata Irin melepas geram.

"Sudahlah. Aku tahu cara nak selesaikan semua ni. Makan je dengan tenang."

"Kesian kau.." dagu Becky di belai manja sambil membuat muka sedih.

"Takpe, lepas cari baju kita pergi candy bar. Aku belanja kau candy banyak-banyak. Ingat dia je boleh bagi kau candy setiap hari? Aku pun boleh!"

"Sure?"

"Yes! You are mine..hehe.."

"Okey aku pegang janji kau.."

"Lock my words princess.."

*****

.BECKY POV.

Setelah hampir 3 minggu tidak berjumpa, aku mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah ni secara baik.

Aku mengajaknya untuk berjumpa dan terangkan semuanya dari A sampai Z.

Hampir 10 minit aku tunggu, akhirnya Win munculkan diri. Aku menatap wajah cerahnya dan seperti biasa tangannya akan tersorok di belakang badan.

Dah memang rutin hariannya untuk bagi aku lolipop atau jenis manisan lain. Dia tahu makanan kegemaran aku dengan cukup baik.

Aku sayang dia tapi aku terpaksa lepaskan demi kebaikan hati aku sendiri.

"Hai sayang.."

Tangannya mendepa luas untuk meminta pelukan dariku. Namun, aku hanya memberi senyuman kecil sambil menggeleng. Tubuh yang sentiasa menjadi penghangat ketika aku sejuk kini bukan lagi menjadi milikku seorang.

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now