18 - The day

1.3K 100 9
                                    

CAFE

Terlihat 4 sekawan sedang duduk menikmati minuman mereka sambil menyiapkan project yang bakal datang.

Tetapi tidak untuk Freen yang lebih memilih untuk fokus pada screen telefonnya.

"Aku balik dengan Irin..aku latihan sampai malam." - Becky

"Takyah nak mengada sangat. Aku yang hantar kau balik nanti. Jam berapa kau balik?" - Freen

"Bye.." -Becky

Ingin sahaja dia membanting telefonnya ke lantai sekarang juga. Kenapa anak Armstrong tu degil sangat?

Konon nak bantu orang move on tapi diri sendiri suka mengelak sejak kebelakangan ni.

"Kau kenapa? Kening tu berkerut je.." kata Nam yang sejak tadi sedar dengan kelakuan aneh kawannya itu.

"Takde apa lah.." balas Freen lalu meletakkan telefonnya secara kasar.

"Tak lama lagi ada persembahan theater. Jom tengok.." ajak Tee.

"Kau belanja aku on.." balas Heng.

"Boleh juga tu. Tak pernah tengok theater. Best ke?" Soal Nam pula.

"Best lah. Budak theater muka semua boleh tahan. Boleh cuci mata.." kata Tee.

"Betul? Kau belanja lah?? Aku nak kerusi paling depan!"

Kata Heng semangat. Tee hanya mengangguk setuju. Setakat belanja tiket. Apa ada hal..perkara kecil je tu.

"Kau ikut tak?" Nam menyenggol lengan Freen.

"Erm.." hanya itu sahaja di balas oleh Freen.

Fikirannya masih tertuju kearah Becky yang menolak perkhidmatannya.

"Siapa main actor and actress?" Soal Heng ingin tahu.

"Irin and Sky.."

"Lead?" Soal Heng lagi..

"Becky and Nop.." jawab Tee

"Becky? Junior cantik tu? Okey!!! Boleh try market dekat di--"

Kata-kata Heng tergantung apabila Freen menatapnya dingin. Dia salah dengar atau Heng salah cakap?

"Dah kenapa pandang aku macam tu? Aku salah cakap ke?" Soalnya.

"Tak. Kau tak salah cakap." Balas Freen dingin.

"Dah tu? Jangan cakap kau n--"

"Dah dah cukup. Dari tadi berborak. Sambung buat kerja.." potong Tee langsung.

Ini kalau dia tak menyibuk, mahu terbalik meja di kerjakan oleh dua sahabat dia.

"Playboy.." ucap Freen pelan namun menusuk Jiwa.

"Yes I am.." balas Heng percaya diri..

Mereka berdua saling bertatapan antara satu sama lain. Masing-masing menunjukkan wajah bengis andalan mereka tetapi nasib baiklah ada Nam yang berjaya menjernihkan keadaan. Kalau tidak..entah apa yan akan berlaku.

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now