Becky pov.
Selepas kejadian hari itu, dia tiba-tiba berubah menjadi seorang yang pendiam dan dingin. Watak lamanya dah kembali tapi kali ni lebih dingin dan susah untuk di dekati.
Kami berjumpa setiap hari tapi bila aku ada kelas je. Selebihnya dia biarkan aku. Kadang-kadang dia pesankan makanan tapi bukan dia hantar.
Kenapa tiba-tiba ada gap antara kami berdua? Aku ada buat salah ke? Ada sesuatu yang dia tak puas hati ke?
Sekarang dia dah kerap berjalan dengan kawan-kawannya. Bukan ke event dia dah nak mula? Ada pula masa nak keluar?
Ting!
Telefon aku berbunyi tanda panggilan masuk.
"Aku dah order makanan untuk kau. Kalau tak suka boleh buang." - Freen
Chat dari Freen aku baca.
Ting!
"Idiot, Lusa ada event Art Day. Pergi tak?" - Irin
"Tak." - Becky
"Kenapa?" - Irin
Aku tidak membalas chat dari Irin. Kenapa aku tak datang? Sebab ada Freen dekat sana. Aku tak suka tengok muka dingin dia.
Orang lain pun ada marah juga tapi mereka marah bersebab. Dia? Tiba-tiba marah dan cakap aku tak jujur. Apa yang aku tak jujur? Dia pernah tanya apa dekat aku sampaikan dia fikir aku tak jujur?
Sekejap!
Dia dah tahu ke? Sebab tu ke dia marah aku teruk macam ni? Kalau betul pun ini puncanya? Kenapa tak bagitahu langsung?
Aku tak faham!
Tiba di hari kemuncak untuk pelajar Art, aku lebih memilih untuk pergi ke theater room dan baring di tengah pentas sambil menatap siling yang tinggi.
Kenapa dia berubah drastik macam ni? Dia terlalu stress sebab tu dia jadikan aku mangsa untuk dia melepas penat dia ke?
Ting!
"Can we meet? Kalau boleh, kita jumpa di cafe dekat dengan kolej." - Win
"Okey." - Becky
Pov end.
Cafe.
"Win.."
Kepala Win menoleh kebelakang apabila namanya dipanggil. Segaris senyuman di berikan untuk Becky kerana sudah sudi untuk berjumpa dengannya.
"Kenapa?" Soal Becky sepatah sambil mengambil tempat duduk
"Aku nak minta maaf bagi pihak Rane."
Kata Win sambil menundukkan kepala. Dia malu dengan perangai Rane yang suka menyerang orang tanpa sebab.
"Maksud kau?" Soal Becky lagi.
"Aku tahu dia serang kau. Dia ada bagitahu aku yang dia tampar kau sebab dia ingatkan aku keluar dengan kau. Sorry sangat-sangat. Cara dia melampau betul." Jawab Win serba salah.
Becky hanya tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya. "Kau yang curang dengan perempuan lain, aku yang jadi mangsa. Kenapa kau jadi macam ni Win? Berubah lah. Banyak kali dah aku ingatkan."
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...