12 - Rest in Peace

1K 93 2
                                    

.FREEN POV.

Aku mula tidak senang duduk kerana Bright gagal dihubungi sejak tadi. Mana dia pergi? last aku telefon pagi tadi dan dia cakap akan balik hari ni. Masalahnya sekarang, fon dia mati dan begitu juga dengan Joong. Dua-dua lupa charge fon ke macam mana ni?

Kenapa susah sangat untuk dihubungi? atau dia tengah menunggang motor? ah! aku cuba untuk berfikir dengan positif tapi masih gagal.

Macam-macam benda buruk bermain dekat minda aku sekarang.

Dia curang dalam diam?

Dia sengaja matikan telefon sebab enjoy dengan kawan perempuan dia?

Dia kena ragut?

Dia tak pernah macam ni. Dia tak pernah tak angkat panggilan aku.

Mana dia?

Drt! drt! drt!

Telefon aku berdering tanda panggilan lain masuk. kening aku berkerut melihat nama yang tertulis di screen.

Bright mom?

Ini mesti kes tak dapat call Bright juga. Mana dia pergi sampai semua orang cari dia ni? Aku pun menjawab panggilan tersebut.

MOM: Freen..

Kedengaran suara mommy bergetar dan lemah. Kenapa ni? Apa yang berlaku. Tiba-tiba aku dah mula tidak sedap hati.

FREEN: Yes mom? Kenapa ni? mommy okey?

MOM: Bright...

FREEN: Kenapa dengan Bright? mommy pun tak boleh call dia? Freen pun..dari tad--

MOM: Bright dah tiada sayang..Bright dah tinggalkan kita semua.

Aku hanya tergelak kecil. Please, prank macam ni dah tak laku.

FREEN: Mommy jangan bergurau lah. Pagi tadi Freen baru call dia. Dia cakap dia akan balik hari ni. Mommy bergurau kan? Mesti Bright yang suruh mommy cakap macam ni kan?

MOM: Mommy tak bergurau. Pihak hospital call mommy tadi. Bright kemalangan sayang..

Tangisan mommy mula kedangaran dan masa itu jugalah jantung aku hampir berhenti apabila mendengar berita tersebut. Bright dah takde? Dia tinggalkan aku untuk selamanya?

Dengan refleks aku jatuh terduduk dan mendengar suara tagisan mommy yang semakin kuat dan kuat. No, aku yakin semua ni gurauan. Bright takkan tinggalkan aku sendiri macam ni. Dia masih ada janji dengan aku.

NO!

MOMMY: Datang ke hospital sayang..datang untuk melihat dia buat kali terakhir.

Air mataku jatuh begitu sahaja. Telefon di tangan juga sudah jatuh ke lantai. Tak..Tak..Tak mungkin Bright tinggalkan aku dengan cara yang macam ni.

TAK MUNGKIN!

Air mataku tak kunjung berhenti seolah tidak boleh terima semua ni. Separuh jiwa aku dah pergi untuk selamanya. Dengan siapa aku nak menumpang kasih selepas ni? Siapa yang sanggup melayan kerenah aku lepas ni? Tempat mengaduku sudah pergi untuk selamanya.

Aku mengelap air mata dengan kasar dan kembali mencapai telefon untuk melihat Base College.

News:

Dua orang pelajar dari TMS College terlibat dalam kemalangan akibat dilanggar oleh sebuah lori. Kedua-dua pelajar tersebut juga tidak dapat diselamatkan dan mati di tempat kejadian. Rest in peace Brigth and Joong.

Air mataku semakin laju turun. Jadi betullah dia dah pergi? Dari gambar yang tersebar, aku cukup yakin itu gambar motor mereka berdua. Aku gigihkan diri untuk bangun dan mengambil kunci kereta untuk menuju ke hospital.

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now