Becky cukup bersabar hari ni. Dari kejadian di taman, dalam kereta, mall dan cafe Freen asyik membuatnya kesal.
Tengoklah sekarang. Ajak night walk tapi jalan macam kena kejar hantu. Jalan laju tinggalkan Becky dekat belakang.
Dia tahu tak konsep night walk?
Night walk tu jalan-jalan santai sambil menikmati angin malam yang segar, Jalan sambil bercerita ke. Ini baik dia jalan sendiri.
Dia dah cuba kejar Freen tapi tak dapat dan akhirnya dia berlari kecil dan terus menarik lengannya dengan kasar.
"Kau cari tandas ke?"
"Hah?"
"Kau jalan laju sangat!"
"Kau yang lambat." Balasnya tanpa rasa bersalah.
"Freen!"
Becky menarik bagnya kasar. Sumpah dia cakap, orang ni memang tak faham bahasa.
"Ikut langkah aku."
Arah Becky dan Freen hanya menggeleng. Dia meneruskan perjalanannya.
"Aku nak balik."
"Balik lah.."
"Okey!"
Becky memutar arah berlawanan dengannya dan itu membuatkan Freen terkejut. Pantas dia kejar dan menghalang. Dari tadi tau budak ni pasang muka marah.
"Okey sorry."
"Aku tetap nak balik!"
"Kita baru sampai!"
"So? Ada masalah?"
Mereka mula bertengkar kecil. Freen menggaru batang hidungnya lalu menatap Becky cukup lama.
"Kita jalan macam ni. Jadi takde alasan kau tertinggal."
Tangan Becky dia raih dan di pegang kemas. Walaupun ada perasaan janggal dalam diri, mereka berdua tetap jalan sambil berpegangan.
"Kau dengan Win selalu jalan malam macam ni?"
Soal Freen membuka cerita.
"Malas nak jawab."
"Kalau aku dengan Bright tak selalu. Masa kami banyak habis dekat Art Gallery dan mall."
"Siapa tanya?"
Kemarahan Freen mula mendidih tetapi dia masih boleh sabar.
Tangan Becky di lepaskan apabila mereka tiba di tepi tasik. Mereka berdua memandang kearah tasik yang mempunyai air pancut berlampu itu.
"Aku nak tanya soalan serious. Boleh kau jawab dengan serious juga?"
"Bergantung pada soalan." Jawab Becky. Freen mengangguk.
"Boleh aku tahu kenapa kau suka aku? Padahal sebelum ni kau bercinta dengan Win."
"Aku ada cakap yang aku suka kau ke?"
Soal Becky pula.
"Becc.."
"Kidding. Okey aku jawab dengan jujur. Dengar baik-baik."
"Aku kenal Win dari high school. Aku tak pernah kenal mana-mana lelaki sampailah dia muncul dan confess dekat aku. Senang cerita, dia first love aku. Sama macam pasangan lain, kami selalu keluar date and capture every sweet moments."
"Aku dengan dia dah 3 tahun. Cara dia layan aku, jaga aku tak ubah macam family dan Irin. Apa aku nak, dia usaha untuk tunaikan. Aku ingatkan boleh kekal tapi sayang.."
"Dalam semua positif vibes yang dia tunjuk rupanya ada tersimpan red flag juga. Dia kenal dengan seseorang dan curang dibelakang aku selama 8 bulan."
"Dia cakap, dia sayang aku tapi dalam masa yang sama dia sayang orang lain juga. Kalau Archen tak bagitahu semua ni, mungkin sampai sekarang aku kena tipu. Nasib aku pernah tengok dia curang depan mata aku sendiri."
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...