04 - Lolipop

1.3K 94 6
                                    

.BECKY POV.

Aku minum air sambil memerhatikan seseorang yang duduk sendirian tidak jauh dari pandanganku.

"Cantik! Tapi tak pandai senyum!" Umpatku kesal.

Dah hampir seminggu aku perhatikan dia dan satu senyuman pun tak pernah muncul. Irin cakap, dia ada boyfriend. Mana boyfriend dia?

Aku tak pernah nampak dia makan dengan mana-mana lelaki kecuali kawan baik dia tu.

Irin tipu aku ke?

Sengaja tak nak aku dekat dengan Freen?

Biadap punya kawan. Kawan tak suport kawan. Penat aku merayu minta nombor telefon Freen. Satu habuk pun aku tak dapat.

Selepas puas bergelut dengan diri sendiri, aku mengeluarkan kertas kecil dari dalam bag lalu menuliskan sesuatu diatasnya. Kertas itu aku tampal cantik-cantik di atas gula-gula lolipop berbentuk hati.

Nafas panjang aku ambil sebelum menuju kearahnya. Hati rasa berdebar tapi aku tetap beranikan diri untuk mendekati Freen.

Semakin dekat semakin rasa gemuruh itu aku dapat rasa dan belum sempat aku nak tegur, diri aku dah di tatap dengan pandangan dingin.

Pandangan dia ni boleh tembus ke belakang kepala aku rasa.

Tajam betul!

Tapi aku membalasnya dengan memberikan senyum manis kearahnya namun tidak dibalas.

Kurang asam!

Takpe, disebabkan aku suka kau, aku telan tatapan dingin kau tu Sarocha!

"Thanks sebab bagi pinjam payung hari tu. Sorry sebab baru pulangkan. Niat nak simpan je..hehe."

Ucapku mesra. Payung dan gula-gula lolipop bentuk hati aku letak diatas meja lalu pergi begitu sahaja tanpa mendengar apa yang dia nak sampaikan.

Tak nak lah lama-lama depan dia. Takut jantung ni terlebih berdegup dan disahkan sakit jantung pula.

.POV END.

Freen mengerutkan keningnya melihat dua objek di depannya. Walaupun dia dah menunggu lama payungnya agar di pulangkan kembali, namun 3 batang gula-gula itu yang menjadi perhatiannya.

Kenapa dia suka sangat makan benda manis?

Pertayaan itu bermain di mindanya tetapi pantas dia menolak ketepi. Benda fak oenting tak peelu nak di fikir lama-lama.

Gula-gula itu dia ambil lalu membaca isi dari kertas itu.

"Kau cantik tapi lagi cantik kalau senyum :)"

Kepalanya menggeleng kecil. Gula-gula itu dia tatap lama dan akhirnya dia simpan ke dalam bag. Begitu juga dengan payungnya.

"Macam dia pernah nampak aku senyum." Bebel Freen pelan.

***

.ESOKNYA.

.FREEN POV.

Semasa aku sedang ingin menuju ke studio, tiba-tiba aku melihat sosok tubuh yang paling aku tak nak sekali untuk berjumpa. Dari jauh aku dah boleh tengok kulit putih susu dia tu.

Aku ingin menukar arah laluan apabila tidak sengaja melihat Becky dari jauh sedang jalan bertentangan denganku.

Dari kejauhan, aku boleh tengok senyuman manisnya yang begitu mekar sekali seolah-olah boleh mengubati hati yang bersedih. Tapi tidak dengan aku yang mudah termakan dengan daya tarikan dia tu.

"Good morning!"

Langkah aku terhenti apabila diriku di tahan dengan kedua-dua tangannya yang sudah dibuka luas.

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now