Setelah di soal siasat, akhirnya Becky mendapat jawapan. Tee adalah orang yang memberitahu detail tentangnya kepada Freen. Tujuan dia buat bukan sebab dia suka-suka tapi Freen sendiri yang minta.
Pelik tak bila orang yang kau anggap tak ambil peduli tentang sesuatu tiba-tiba tahu tentang diri kau dalam sekelip mata?
Dari segi luaran, Becky dapat merasakan bahawa Freen tidak berminat untuk berkenalan dengan dia. Tapi dalam diam, dia sendiri mengambil langkah awal untuk mengenal siapa itu Rebbeca Armstrong.
Sejak dia mendapat nombor telefon Freen, Becky tidak pernah skip satu hari pun untuk kacau orang yang dia minat tu. Walaupun Freen membalas chatnya acuh tak acuh, dia tetap terasa teruja.
Memang betul apa yang Becky cakap, Freen adalah seorang yang susah untuk di teka. Contohnya macam siatuasi sekarang, dia terkejut apabila Freen datang ke taman bersama Tee. Macam mana dia boleh tahu Becky dan Irin ada dekat sini?
"Irin! Kau cakap kita main basikal dengan Tee. Kenapa Freen ada sekali?"
Bisik Becky sambil melihat dua sahabat itu sedang menuju kearah mereka berdua.
"Mana aku tahu. Aku ajak dia je tadi." Jawab Irin tak kalah berbisik.
"Sorry lambat." Kata Tee sebaik sahaja mereka tiba.
Becky menatap wajah Freen yang tertutup dengan topi. Susah betul nak tatap anak mata dia ni. Betul-betul jaga pandangan.
"Jom kita sewa basikal. Jom Irin."
Tee menghulurkan tangannya dan di sambut dengan baik lalu mereka berdua jalan dihadapan meninggalkan Freen dan Becky di belakang.
"Bukan kau dah ada boyfriend ke? Tak keluar date dengan dia?"
Soal Becky. Sengaja nak elak rasa kesunyian antara mereka berdua. Lagi pun tak salah tanya soalan tu. Dia cuma nak tahu je.
"Perlu ke melekat dengan pasangan 24 jam?"
Soalannya dibalas dengan soalan.
"Perlu! Macam mana nak tingkatkan rasa sayang tu kalau tak selalu berjumpa?"
Soal Becky lagi. Freen menatapnya datar dan terdiam. Malas nak bersuara mungkin. Jadi dia hanya membiarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan.
Disebabkan geram dengan cara Freen, Becky melajukan langkahnya lalu berpusing menatap Freen. Kini dia jalan secara mengundur.
"Kau memang tak pandai senyum ke? Urat senyum tu dah putus?"
Freen mendiamkan diri lagi. Malas nak menjawab.
"Nanti cepat tua tak tahu. Rugilah cantik-cantik tapi tak pandai senyum."
"Jalan betul-betul."
Arah Freen dan Becky menggeleng. Dia tetap nak jalan mengundur juga sehingga tak perasan dia hampir melanggar budak dan nasib baik Freen menariknya cepat.
Nasib baik budak kecil tu tak jatuh.
"Jalan tengok depan. Umur kau berapa ni?"
"Garangnya!"
Balas Becky berani dan sengaja mengerutkan dahinya. Ingat Freen je ke boleh buat macam tu? Dia pun boleh tapi version comel lah.
.Skip.
Mereka berempat bermain basikal dengan penuh gelak ketawa. Becky dan Irin berada di depan manakala Freen dan Tee mengikuti mereka dari belakang.
"Kawan Irin tu memang manja ke?"
Soal Freen. Tee memandang Freen sesaat lalu kembali fokus memandang depan.
"Siapa Becky?"
"Yaa.."
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...