"Becky!"
Kaki Irin terangkat ke udara. Kerusinya pula sudah berada jauh dari meja apabila Becky tidak sengaja menumpahkan air di atas meja dan juga lantai.
"Irin sorry.."
Becky merengek kecil. Irin hanya menggeleng kecil lalu mengeluarkan gula-gula lolipop dari begnya lalu diberikan ke Becky. Bukan kali pertama Becky bertingkah macam ni.
"Clumsy girl."
Bebel Irin sambil mengelap meja dengan tisu. Susah juga kawan baik dia ni, mungkin ini salah satu sebab dia kena tinggal lah kot.
Sejak Becky dan Win putus, Irin mengambil tugas untuk menjaga Becky sepenuhnya memandangkan kawan baiknya ini tinggal jauh dari keluarga.
Baru dua hari lepas dia dapati Becky menghancurkan dapur akibat terlalu lalai memasak. Blander rosak, air tumpah atas wayar dan buku masakan termasuk dalam oven. Nasib baik tak jadi apa dekat anak manja Armstrong itu.
"Irin.."
Tiba-tiba Irin di tegur oleh seseorang. Mereka berdua menoleh kearah sumber suara itu.
Becky terkaku di tempatnya. Matanya bersinar sambil menatap seseorang disebelah Tee.
"Tee!"
"Kenapa tak jawab call?"
"Kau call? Sorry aku tak dengar."
"Takpe. Aku cuma nak cakap yang malam ni aku tak boleh teman kau cari barang sebab ada tugas lain kena buat."
Ucap Tee sambil memandang Irin dan Becky silih berganti. Matanya membulat kerana terkejut melihat perubahan Becky hari ni.
"Hai Becky. Kau potong rambut? Makin comel!"
Ucap Tee penuh senyuman. Tangannya pula mengusap pucuk kepala Becky kedana terlalu geram melihat perubahan drastik kawan baik kepada kekasihnya.
"Hai Irin. Comel je? Cantik tak?"
Soal Becky dalam nada yang manis. Gula-gula dari pemberian Irin masih setia berada di dalam mulutnya.
"You can be both princess. Tolong aku boleh? Tolong teman dia malam ni sebab aku kerja kena buat."
Soal Tee dan Becky mengangguk kecil sahaja. Daripada dia terkurung dekat rumah sendiri, baik dia teman Irin.
"Thank you kid!"
Becky menggangguk lagi kerana matanya tidak lepas dari menatap kawan Tee yang hanya diam sejak mereka tiba di sini.
"Itu siapa?"
Jari telunjuknya naik menuding kearah orang itu.
"Dia? Freen Sarocha.."
"Ohh.."
Becky mengangguk comel.
"Sebabkan kau dah tolong, ini untuk kau."
Tee mengeluarkan gula-gula dari poket seluarnya. Sempat juga dia beli sebelum datang ke sini tadi.
Wajah Becky tersenyum ceria.
"Kalau tak cukup, bagitahu..aku belikan lagi."
Becky mengangguk beberapa kali. Jari runcingnya gigih menunjuk satu persatu gula-gula itu sambil mengira. Tidak lama lepas itu, tangan kecilnya mengambil satu gula-gula berperisa strawberry lalu di hulur kearah Freen.
"Makanlah. Mana tahu lepas makan ni boleh senyum macam ni!"
Katanya sambil menunjukkan cara untuk tersenyum manis. Perlakuannya yang sedang mengajar Freen tersenyum membuatkan Tee ketawa kecil.
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...