16 -Eat together

1.3K 106 7
                                    

Kalau bukan disebabkan nak makan sama-sama hari ni, mungkin Freen tidak akan menjejakkan kakinya di ruang theater.

Dia dah janji untuk menerima apa yang akan Becky lakukan demi membantunya melupakan Bright.

Kalau dulu dia sering ke tempat kegemaran Bright, kini tidak lagi. Dia sanggup memenatkan diri semata-mata untuk menghilangkan rasa rindu tu.

Namun, sejak dia memberi Becky ruang untuk masuk ke dalam hidupnya, sedikit demi sedikit dia boleh terima bahawa Bright telah pergi untuk selamanya.

Semasa dia masuk ke theater room, pertama kali yang bermain di fikirannya adalah tempat ni sangat menakutkan.

Terlalu banyak kerusi yang menghadap ke pentas. Jadi ruang ini tidak ubah macam cinema. Cuma yang membuatkannya berbeza adalah cinema menonton cerita yang telah di rekod tetapi theater melihat orang-orang berlakon secara langsung.

Kakinya menuju ke kerusi dan duduk di kerusi secara random. Matanya melihat kearah pentas di mana ada beberapa pelajar sedang berlatih dan salah satunya adalah Becky.

Becky yang sedang berusaha keras dengan latihannya perasan akan kehadirannya lalu menoleh memandang dan tersenyum sambil melambaikan tangan tetapi tidak di balas.

Disebakan itu, dia menjelirkan lidahnya kerana geram. Bukannya nak balas orang lambai kat dia. Ini boleh buat bodoh je.

Freen begitu malas ingin melihat ke pentas, jadi dia membuat keputusan untuk berehat dan tidur sekejap sementara menunggu Becky menamatkan latihannya.

"Freen. P'Freen!"

Bahunya ditepuk beberapa kali membuatkan dia terbangun. Dia melihat Becky kini sedang duduk disampingnya sambil minum air.

"Dah habis ke?" Soalnya sambil memperbetulkan topi.

"Dah. Jom aku teman kau makan."

Dia bangun terlebih dahulu lalu di ikuti oleh Freen dari belakang.

Mereka mengambil keputusan untuk membeli makanan sahaja kerana keadaan Becky sekarang seperti tiada rupa kerana kepenatan.

Hasilnya, mereka berdua makan di rumah Becky. Walaupun Freen dah tolak beberapa kali, dirinya tetap dipaksa, dipaksa dan terus dipaksa sehinggalah dia bersetuju.

"Kalau tak nak, balik lah makan sendiri."

"Sia-sialah usaha aku tunggu kau sampai habis latihan!"

"Tahu pun!"

"Aku bersihkan diri sekejap. Kalau lapar sangat, kau boleh makan dulu."

Kata Becky lalu bergegas masuk ke dalam bilik.

Freen meletakkan makanan diatas meja. Matanya melilau melihat sekeliling rumah Becky yang sungguh jauh berbeza dengan rumahnya.

Kalau rumah dia serba putih, rumah Becky pula serba kelabu. Perabot pula kebanyakannya warna kayu. Dan yang menjadi main point rumah ni adalah tangga kecil yang terus berhubung dengan bilik Becky.

Senang cerita, tingkat atas adalah bilik Backy sahaja. Boleh bayangkan tak betapa besarnya bilik tu?

Beberapa minit kemudian, Becky turun dari atas dan terus menuju ke dapur. Dia melihat diatas meja dah tersusun dengan pelbagai menu yang mereka pesan.

"Kau buat air ni? Kau sentuh barang dapur aku?"

Bukannya mendapat pujian, dia malah mendapat soalan random dari tuan rumah. Untung dia buat air, kalau dia bakar dapur ni?

"Aku lupa beli air aku. Dalam peti sejuk kau penuh coklat dan beberapa minuman gas. So aku terpaksa buat air."

Becky hanya diam. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Freen dan mereka mula menjamu selera.

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now