"Babe!"
Becky menghampiri Freen dari belakang.
"Erm."
Balas Freen ringkas kerana tumpuan penuhnya berada pada lukisan yang hampir siap.
"Dah nak cuti sem kan? Jom bercuti."
"Bercuti dekat mana?"
"Mana-mana lah."
"Berdua?"
"Kalau berempat?"
"Berempat? Maksud kau? Tee dengan Irin ikut sekali?"
"Yes!"
Becky menepuk bahu Freen dan hampir dia tersalah warna.
"Sorry. Boleh tak?"
Kali ni dia memeluk Freen dengan kemas. Tangan kirinya pula gatal mengambil sekuntum bunga tulip di atas meja yang terletak tidak jauh darinya.
Bunga hidup itu dibuat main dihadapan Freen agar menghalang pandangannya.
"Becky, aku tengah siapkan project aku ni. Esok dah due date. Jangan ganggu boleh?"
"Boleh tak kalau kita bercuti 4 orang?"
Soal Becky lagi. Tak susah pun soalan dia. Kalau Freen bagi jawapan cepat, takdelah dia kacau.
"Boleh baby. Anything for you. Cakap je nak pergi mana. Aku ikut."
"Okey!"
Satu ciuman hinggap di pipi Freen lalu dia menuju ke ruang tamu. Laptop milik Freen dibuka dan mula mencari tempat yang sesuai untuk bercuti.
"Babe, how about Vietnam?" Soal Becky.
"Dalam Thai cukuplah.." balas Freen.
"Okey.."
Becky kembali fokus pada screen dan mencari tempat yang paling cantik untuk mereka bercuti nanti.
Beberapa hari kemudian.
Mereka berempat menatap villa besar di hadapan mereka dengan penuh kagum. Villa ini terbahagi kepada 2 bahagian namun ada jalan ditengah bangunan yang menyambungkan antara 2 bangunan tersebut.
Di luarnya pula ada kolam dan pondok kecil. Jika mereka menoleh ke kiri, mereka akan melihat lautan yang terbentang luas di sana.
Tak sia-sia Becky dan Irin memilih tempat ni. Selain dapat menikmati indahnya lautan luas, mereka juga dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang berada di sini.
Di tambah lagi ruangan peribadi mereka terbahagi kepada 2. Jadi, ada lah masa mereka untuk bermanja dengan orang yang tersayang.
"Baby, nak kanan ke kiri?"
Soal Freen sambil menoleh menatap kekasihnya. Becky tidak menjawab pakai suara melainkan kakinya sudah melangkah kearah bangunan sebelah kiri kerana lebih dekat dengan laut.
"Okey, kami ambil yang kanan. Kita rehat dulu, nanti malam kita jumpa. Jom sayang.."
Tee menarik Irin menuju ke bilik sambil menarik beg roda mereka.
"Arghh!!"
Becky menghempas badannya di katil empuk berukuran queen itu. Badannya yang letih terlentang di tengah katil sambil menatap siling.
Manakala Freen sibuk mengeluarkan bajunya untuk di susun di dalam almari.
"Good night babe.."
Ucap Becky lalu perlahan-lahan melelapkan matanya. Puas dia paksakan diri untuk tidur di dalam kapal tapi tak berhasil dan sekarang baru dia rasa mengantuk yang amat.
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...