Bunyi bising dari dapur berjaya mengacau waktu tidur Becky. Matanya terbuka sedikit demi sedikit dan mendapati hanya dia sahaja yang berada di bilik
Mana lagi dua orang?
Dalam keadaan yang separuh sedar, dia melangkah keluar dari bilik dan melihat kearah dapur dari atas.
"Baby.." panggil Becky denga suara khas bangun tidurnya.
Freen dan baby mendongak keatas secara serentak.
"I mean my baby.."
Ucap Becky. Mereka berdua masih lagi terkebil-kebil. Becky panggil siapa sebenarnya?
"Baby Lin.."
"Yes P'Becc?" Jawab Baby santai.
"Come and hug me.."
Arah Becky. Baby mengangguk kecil. Dia turun dari kerusi lalu menaiki tangga secara hati-hati.
"How about me?"
Soal Freen. Becky hanya menjelingnya tajam.
"Good morning P'Becc!"
Baby memeluk Becky dan memberikan ciuman di pipi beberapa kali.
"Good morning. Baby buat apa dengan P'Freen?"
"Shhh.."
Baby mendekatkan diri ke telinga Becky untuk membisikkan sesuatu.
"Baby dengan P'Freen buatkan sarapan untuk P'Becc."
"Itu je kot. Tak perlulah berbisik."
"Dalam peti ais ada banyak gula-gula dengan coklat. Pagi tadi baby dengan P'Freen pergi kedai beli semua tu untuk P'Becc."
"P'Freen cakap, P'Becc merajuk dengan Baby. Betul ke?"
Soal baby. Becky mengerutkan keningnya. Sejak bila pula dia merajuk? Kalau dia merajuk pun, bukan dengan Baby tapi dengan Freen.
"No baby no. Mana ada. P'Freen tipu je tu."
"Kalau macam tu, jom turun makan."
"Baby turun dulu. Nanti P'Becc turun."
"Okey. Jangan lama-lama tau.."
"Okey baby.."
Sepanjang mereka bertiga makan, mata Freen tidak lepas dari terus menatap Becky yang sedang makan.
Dia memerhatikan Becky yang makan sedikit comot. Cara dia makan, seolah-olah tak makan dari semalam. Padahal sebelum tidur, mereka makan malam kot.
"Kenapa makan laju sangat erm?"
Soal Freen sambil mengelap sudut bibir Becky yang terkena sos.
"Tak sabar nak makan makanan penutup."
Jawab Becky penuh senyuman misteri. Freen memandang donat dan gula-gula yang dia beli. Dia takde niat pun habiskan semua makanan tu. Memang dia beli untuk Becky dan Baby.
"Tenanglah. Makanan kau takkan habis. Kan baby?"
Baby mengangguk semangat kerana mulutnya penuh dengan makanan. Tak kakak, tak adik..sama je..makan comot betul.
"Okey!"
"Boleh aku tanya someting?"
Soal Freen. Becky hanya anggukkan kepalanya.
"Can I call you Rebecca?"
"No!" Serentak Becky dan Baby.
"Kenapa?"
"Hanya papa aku je boleh panggil nama tu. Orang lain tak boleh."
"Walaupun orang lain tu aku?"
Soal Freen lagi. Becky mengangguk. Freen berpaling memandang Baby yang turut mengangguk kecil.
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...