.IDYLLIC CAFE.
Meja yang dihuni oleh 4 sahabat itu kelihatan sedikit riuh berbanding dengan meja yang lain.
Nam dan Tee tak habis-habis berdebat tentang idea masing-masing. Manakala Heng hanya sibuk dengan makanan dan Freen pula fokus kepada mereka berdua yang sedang bergaduh mulut.
Kepalanya ke kanan dan ke kiri mengikuti suara dari mereka berdua. Masing- masing tak nak kalah untuk melempar idea masing-masing.
"Kau dah lari tema."
"Dan kau dah lari warna yang kita deal!"
"Gabung je idea korang. Kita ambil tema Nam dan warna ikut warna Tee. Senang. Bergaduh, sampai esok pun tak selesai."
Kata Heng yang sudah muak dengan pentengkaran kecil itu. Hari pameran tak lama lagi berlangsung dan mereka berdua masih belum menjumpai titik akhir pertengkaran. Macam mana project mereka akan selesai kalau macam ni?
Idea dah ada. Rangka cerita pun dah ada tapi kenapa masih sibuk nak tambah idea? Ini baru kertas kerja belum lagi sesi mencipta karya.
Boleh terbalik dunia kalau masalah kecil ni tak selesai.
"Setuju!" Sokong Freen mudah dan padat.
"Pembahagian tugas, kita ikut rancangan Freen dan akan di edit oleh Heng. Mudah!" Kata Tee pula.
"Okey!"
Serentak mereka bertiga. Perbincangan mereka selesai begitu sahaja. Kertas yang bertebaran di atas meja dikemas dan mereka fokus untuk makan.
Semasa mereka sibuk makan, Tee tidak sengaja melihat kearah pintu masuk dan melihat seseorang yang dia kenal.
Tangannya mencuit pinggang Freen agar mengikuti arah pandangan dia. Freen pun menoleh. Dia melihat Becky dengan seseorang yang dia tak kenali sedang mengambil tempat duduk tidak jauh dari meja mereka.
"Siapa tu?" Bisik Freen pelan.
"Archen. Kawan baik Win."
"Oh!"
Itu je yang keluar dari mulut Freen dan kembali makan. Namun, kadang-kadang dia melihat kearah Becky dan timbul rasa kesal dalam dirinya.
Selepas kejadian di mana dia tidak datang untuk melihat persembahan Becky, dia sudah tidak mendapat senyuman itu lagi.
Becky selalu melarikan diri dari terus bertembung dengannya. Selepas dia pujuk tempoh hari, ingatkan Becky akan semakin baik kepadanya.
Rupanya tidak.
Ada orang itu hilang untuk beberapa hari. Bila tanya dekat Tee, dia dapati Becky mengambil cuti sendiri sebab tu dia tidak melihat Becky berkeliaran di depan matanya.
.FREEN POV.
Walaupun aku sedang rancak bercerita dengan kawan-kawanku, ekor mataku tak henti-henti melihat Becky dalam diam.
Walaupun aku tak nampak dia berkeliaran di depan mataku, tapi dia selalu mengacau aku melalui pesanan teks.
Baru je 2 hari dia menawari aku satu ticket yang menurutku agak pelik. Aku ingat dia nak ajak aku tengok theater, rupanya tidak.
Dia bagi aku 'date ticket' dan ticket itu berkuatkuasa selama 24 jam. Dia bagi aku masa untuk jawab setuju atau tidak.
Sah-sahlah aku akan tolak ticket tu. Ada sebab aku tolak dan alasannya sangat kukuh.
Satu, aku sibuk dengan project yang akan datang.
Dua, aku dah ada boyfriend.
Daripada aku keluar dengan dia, baik aku keluar dengan Bright. Lagi bagus dan berfaedah. Aku takde masa nak layan kerenah manja dia.
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...