Becky merajuk.
Merajuk bila Freen langsung tak risau melihat luka di lutut dan tangannya yang sedang mengeluarkan darah. Bukannya nak bantu Becky bangun, dia lebih memilih untuk selamatkan scooter electric tu dulu.
"Nasib baik tak patah. Kalau patah kena ganti rugi!"
Siapa yang tak merajuk?
Macam mana pula dengan dia yang terluka ni? Siapa nak ganti rugi?
Becky meninggalkan Freen sendiri. Dia duduk di bangku kayu sambil menatap lukanya yang masih mengeluarkan darah.
"Sakit ke?"
"Tak sakitlah. Rasa macam nak tambah lagi luka ni."
Kata Becky dingin. Padahal dalam diri dah menangis sebab terlalu sakit. Lagi sakit dari jatuh basikal.
"Dah luka banyak macam ni pun masih nak tambah?"
Soal Freen polos. Becky memandangnya dengan api kemarahan. Dia ni sengaja buat-buat bodoh ke atau memang bodoh?
Kadang dia sendiri tak faham dengan sikap Freen yang sentiasa berubah. Ada banyak personaliti dalam diri ke atau macam mana?
"Dah tahu aku ajak main scooter, kenapa pakai seluar pendek?"
Kini dia memandang Becky sambil bercekak pinggang. Tak ubah seperti mak memarahi anak yang nakal dan tak faham bahasa.
"Aku tahu ini akan berlaku."
Katanya lalu duduk mencangkung di depan Becky dimana sebelah lututnya menyentuh jalan. Luka itu dia perhatikan lalu mengeluarkan sesuatu dari beg.
Dia pun mula membersihkan luka tersebut dan dengan jelas dia mendengar Becky meringis kecil kerana menahan sakit.
Kepalanya mendongak memandang Becky lalu tersenyum.
"I hate your smile" kata Becky dingin dan dalam sekelip mata senyuman Freen lesap begitu sahaja.
"Aku bukan Tee atau Irin nak risaukan kau. Dah besar kan? Kenapa nak manja?"
"Kalau macam tu, takyah lah bersihkan luka aku."
Becky menepis tangan Freen yang sedang membersihkan luka ditangannya.
"Aku boleh buat sendiri."
Tisu itu di rampas kasar. Dia membersihkan lukanya sambil diperhatikan oleh Freen. Tetapi perkara itu berlaku untuk beberapa saat sahaja.
Freen kembali membantunya tapi kali ni lebih kepada hati-hati. Beberapa pembalut luka dia keluarkan lalu menutup segala luka yang ada.
Dia tahu ini akan berlaku sebab tu dia sediakan semuanya tapi apa yang dia lupa adalah untuk membawa lolipop. Kalau dia bawa tadi dan bagi dekat Becky, mungkin dia takkan merajuk atau meringis apabila lukanya di ubati.
Jadi apa yang perlu dia buat untuk memulihkan perasaan Becky sekarang?
"Jom cari aiskrim."
Becky menggeleng.
"Gula-gula?"
Becky menggeleng lagi.
"Apa lagi yang kau suka ni?"
Soal Freen yang hampir frust. Rasa macam nak call Irin sekarang juga.
Freen melihat kearah sekeliling yang sedikit sunyi ni. Tiba-tiba timbul satu idea yang menurutnya tidak perlu muncul pun untuk waktu sekarang ni.
"You need my hug?"
Becky terdiam. Dia salah dengar atau ayat tu betul-betul keluar dari mulut Freen?
"Do you want to use your ticket?"
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...