36 - Final

1.8K 144 15
                                    

"Baby.."

Kepala Freen jatuh diatas bahu Becky yang sedang menikmati keindahan kota malam. Manakala tangannya memeluk pinggan kekasihnya itu dengan rapi.

Kenapa Freen tak pernah bagitahu tentang kewujudan tempat ni? Tempat cantik macam ni wajib masuk list tempat kegemaran Becky. Irin kena selalu bawa dia ke sini. Atau Irin pun tak tahu tempat ni?

"Aku kena bagi tahu Irin ada tempat best un-umphh.."

Becky terus membungkam mulutnya apabila Freen menatapnya tajam.

"What?"

Soal Freen datar. Becky menggeleng. Emosi betul kalau nama tu keluar dari mulutnya.

"Sorry.." ucap Becky.

Kepala Freen kembali jatuh di bahunya. Pemandangan kota malam tidak membuatkan dia tertarik sama sekali. Masih ada sesuatu yang masih bermain di mindanya sekarang ni.

"Kenapa kau bagitahu Tee dan Irin tentang masalah kita? Habis aku kena marah, kena maki dengan dorang. Lepas ni macam mana aku nak menghadap dua orang tu?"

"Itu salah kau.."

Kedua-dua pipi Freen di sentuhnya geram. Sendiri buat hal sendiri yang pening nak selesaikan masalah kecil ni.

"Kau sendiri cakap kita hidup dekat dunia nyata. Tapi kau buat dunia ni macam pentas theater dimana kau adalah watak antagonis."

"Kau yang buat semuanya jadi drama. Niat aku nak ajar kau je.."

"Iya??"

Soal Becky sambil memenuncungkan mulutnya. Freen mengangguk setuju. Memang itu niat awal dia.

"Aku tak boleh tolong kau. Kau yang buat hal, kau sendiri yang kena minta maaf dekat dorang dua."

Kata Becky dan kali ni tangannya melingkar di leher Freen. Dah lama dia duduk atas pangkuan kekasihnya ini. Dia tak rasa lenguh ke?

"Perlu ke?"

"Perlu!"

"Takyahlah.."

"Hey!" Bahu Freen ditepuk pelan.

"Kau dah abaikan aku, layan aku kasar lepastu menipu. Siapa yang tak marah? Masa kau tinggalkan aku, dorang yang jaga aku. Kau tetap kena minta maaf dan bagitahu niat kau disebalik semua ni."

"Janji kau backup aku?"

Mereka berdua saling bertatapan lalu Becky memberinya satu ciuman di pipi. Kepalanya menggeleng kecil. Semudah tu dia nak backup Freen?

Selepas apa yang dia buat, ingat Becky akan bantu?

Sorry..

Orang depan ni patut kena marah dulu. Biarkan Irin dengan Tee ceramah Freen sebab dah menipu dan buat dia stress dan jatuh sakit. Nanti kalau dia dah puas hati, baru dia backup.

"Sendiri buat sendiri tanggung.."

"Babyy..."

Panggil Freen melemah. Jam tangan di lirik lalu menjauhkan tangan Becky dari terus memeluknya.

"Nanti kita bincang lagi. Kita kena pergi sekarang.."

"Pergi mana?" Soal Becky.

"Aku dah cakap kan yang aku nak jumpa orang lepas ni?"

"Yelah siapa? Tak boleh ke kita balik? I really miss you. Aku nak peluk kau sepuasnya malam ni."

Freen tersenyum mendengar ayat tersebut lalu dia kembali buat muka serious. Mereka perlu bergerak sekarang kalau tak nak kena bebel.

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now