"Baby, I'm at cafe right now. Come here. I miss you and I'm hungry 😭" - Freen
"Aku nak pergi library dengan Irin." - Becky
"Baby, did you know that? Sebelah meja aku ada student fashion. Cantik gila. She's doing a calling symbol to me 😍. Sure tak nak datang? Aku ajak dia duduk satu table dengan aku okey baby? - Freen
"On my way!" - Becky
Becky mengemas barangnya dalam keadaan hati yang panas. Berani betul Freen menguji kesabarannya sekarang. Apa tadi? Cantik?? Buat simbol calling?
Memang nak kena si tulip tu. Pandai pancing amarah orang. Irin yang melihat tingkah kawan baiknya itu hanya menggelengkan kepala.
"Aku pergi dulu. Kau pergi library Tee. Aku nak tangkap arnab."
"Arnab?"
Becky bergegas keluar dari kelas. Setibanya di depan pintu, laluannya di halang oleh seseorang.
Dia menatap orang itu sedikit lama. Tatap punya tatap baru dia ingat dengan muka cantik di depannya ini.
"Rane?"
Rane tersengeh kecil. Tubuh Becky dia pandang dari atas sampai bawah.
"Jadi kau kenal aku?"
"Mestilah. Win girlfriend."
"Kau tahu aku girlfriend dia jadi kenapa kau kacau Win?"
Soalnya membuatkan Becky terkejut. Sejak bila pula dia kacau Win? Takde kuasa nak kacau milik orang.
"Menjauh dari Win. Aku dengan dia dah nak bertunang."
Katanya dengan suara yang dingin.
"Dengan senang hati aku menjauh dari dia. Tapi kau silap. Dia yang kacau aku. Jaga boyfriend kau baik-baik."
"Aku bagi amaran Becky Armstrong. Jangan cuba-cuba nak rampas Win dari aku. Dia milik aku."
"Baiklah."
Balas Becky sepatah lalu pergi dari situ dan sengaja melanggar bahu Rane dengan kasar.
Suka hati je bagi amaran dekat orang. Boyfriend dia yang gatal nak salahkan orang lain pula.
Dari kejauhan Freen melihat Becky sedang melangkah kearahnya. Dia melihat dengan jelas bahawa Becky sedang marah kepadanya.
Padahal dia sengaja je reka cerita kalau ada yang cuba menggodanga. Meja kiri kanan Freen lelaki kot. Mana ada perempuan.
Kalau dia tak pancing Becky macam ni, mesti kekasihnya ini akan lambat datang ke cafe. Perut dia dah lapar dari tadi kot.
Kalau makan dulu nanti merajuk pula. Baik ikat perut daripada era Beckfreen berlaku malam ni kan? Hehe.
"Kenapa muka tu? Masam je."
Soal Freen sebaik sahaja Becky duduk di sampingnya.
"Hey.."
Pipi Becky di cubit namun pantas di tepis membuatkan Freen sedikit terkejut.
"Baby, are you okey?"
Bisik Freen tepat di telinga Becky. Tangannya turun memeluk lengan Becky sambil kepalanya bersandar pada bahu kekasihnya itu.
"Kiri kanan meja kita semuanya lelaki. Takde pun yang goda aku. Aku main-main je..sorry baby.."
"Lepaslah.."
Becky melepaskan diri dari terus dipeluk. Freen terdiam di tempatnya. Apa ni? Takkan masalah kecil di bawa serious?
"Kau kenapa ni?"
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...