.BECKY POV.
Aku terkaku melihat seseorang yang sedang duduk di depan bonet keretanya sambil menyilangkan tangan.
Aku mimpi apa semalam sampaikan pagi ni Freen muncul di depan mata aku?
Sekejap!
Dari mana dia tahu rumah aku? Siapa bagitahu dia aku duduk sini?
Kenapa dia boleh muncul depan aku ni?
"Dah 7:20 pagi. Naik cepat nanti lambat."
Katanya datar lalu masuk ke dalam kereta terlebih dahulu meninggalkan aku yang terpinga-pinga.
Eh apa ni?
Aku masih belum bangun tidur ke macam mana? Tiba-tiba suruh naik kereta dia pula.
"Cepatlah.." pekiknya sambil memasang muka datar dan masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.
Aku bagi gula-gula je dia berat hati nak terima dan sekarang dia offer aku untuk pergi kolej sama-sama?
Siapa bagitahu dia yang aku naik teksi pergi kolej hari ni?
Irin? Tee?
SIAPA?
Aku takde minta pertolongan sesiapa pun untuk hantar aku. Kenapa dia boleh datang ke sini pula? Siapa yang pukau dia supaya datang ke sini?
"Hey kid, are you deaf?" Dia kembali keluar dari kereta.
Kenapalah aku suka dekat manusia cantik tapi garang ni? Tak faham betul dengan diri ni.
"Becky!" Dia kembali memekik namaku dan barulah aku sedar dari lamunan singkatku.
"Hah? Ya, okey."
Aku terus bergegas masuk ke dalam kereta mewahnya. Boleh tahan cantik kereta dia.
Audi R8 woi!
Suasana di dalam perjalanan sungguh sunyi. Aku sibuk dengan duniaku dan dia fokus memandu. Tapi tak lama apabila dia membuka suara.
"Habis kelas jam berapa?" Soalnya tapi sukar untuk aku dengar.
"Hah?" Aku blur.
"Kau dah sepenuhnya bangun ke belum ni? Dari tadi blur."
Aku pun tak tahu yang aku ni masih di bawah alam mimpi atau dah bangun sepenuhnya. Faham tak aku masih terkejut dengan apa yang berlaku sekarang?
Aku berada di dalam kereta bersama Freen Sarocha! Gadis yang aku kejar dan dia sentiasa menyombongkan diri ni sekarang duduk satu kereta dengan aku.
"Habis kelas jam berapa?" Soalnya lagi.
"Jam 10:00 pagi. Petang ada kelas jam 2:00 sampai jam 4:00 petang."
Jawabku penuh detail dan dia hanya mengangguk sahaja.
"Mana tahu rumah aku?" Soalku ingin tahu.
Aku nak tahu siapa dah bocorkan rahsia lokasi rumah aku dekat gadis ni.
"Tak penting." Jawabnya ringkas dan padat.
Macam tu je dia jawab? Faham tak situasi aku sekarang ni? Takpe, aku akan siasat Irin dengan Tee nanti.
Tidak lama kemudian, kami berdua sampai di kolej. Macam biasa, dia pandang aku dengan mata helangnya itu.
Pasang muka bengis pun cantik.
"Balik dengan aku nanti." Ucapnya datar.
"Kenapa?" Soalku sepatah.
Tatapannya semakin tajam. Kenapa hobi dia ni suka tenung mata aku dengan tatapan dingin dia huh? Tak boleh ke bagi tatapan yang manis? Sekali pun jadilah.
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...