26 - Deep talk

1.3K 104 3
                                    

Selepas makan, mereka berempat memilih untuk jalan di persisiran pantai sambil menikmati udara malam dan juga mendengar suara ombak yang bergelora.

"Babe, malam ni kita nak buat apa?"

Soal Becky. Pelukan di lengan di perkemaskan.

"Tidur?" Jawab Freen mudah.

"Aku dah tidur lama dah. Lain lah. Jom buat sesuatu yang best."

"Esok pagi kita nak main air kan? Banyak tenaga nak pakai esok pagi. Kita tidur awal lah.."

Ucap Freen lagi. Becky memuncungkan mulutnya. Pelukannya di lepaskan lalu berlari kecil menuju kearah pasangan di depannya pula.

Tautan tangan Tee dan Irin di leraikan begitu sahaja oleh Becky lalu lengan Irin dan Tee dirangkul comel.

"Apa kata malam ni kita main game?"

Soal Becky sedikit teruja.

"Game apa?"

Soal Tee sambil memandang Becky di sebelahnya.

"Kita main uno card! Siapa kalah muka dia kena conteng!"

"Jom! Siapa takut?"

Tee menoleh kebelakang melihat Freen yang jalan sendirian sambil menyilangkan tangan.

"Dia nak join ke?"

Soal Tee dan Becky menggelengkan kepalanya.

"Dia nak tidur. Nak kumpul tenaga katanya.."

Perli Becky dan dia sengaja cakap kuat biar Freen dengar.

"Mungkin dia nak buat sesuatu dengan kau sebab tu dia pilih tidur.."

Bisik Irin pelan. Macam ada maksud yang tersirat je..

"Arghhh!! Sakitttt!!!!"

Irin meringis kesakitan apabila pinggangnya di cubit. Kenapa kawan baik dia boleh fikir sampai ke situ pula? Dia sendiri pun tak terfikir semua tu.

"Malas aku cakap dengan kau. Cuci sikit otak kau yang kotor tu.."

Marah Becky lalu kembali mendekati kekasihnya itu.

"Babe, tengok Irin tu. Otak dia terlebih kuning.. lagi kuning dari kereta kau. Ada dia cakap yang kau nak ti--takde apalah.."

Kata-kata Becky terpotong apabila Freen menatapnya serious. Tak jadilah nak habiskan ayat. Risau pulak kalau benda tu betul-betul terjadi.

"Kita main uno card malam ni. Nak tak? Jomlah..bukan senang nak berkumpul macam ni."

Becky merayu lagi. Freen menghembus nafasnya berat lalu menganggukkan kepala. Tak tunaikan nanti merajuk pula. Dah merajuk dia kena denda pula nanti. Malu lah kalau Tee tahu apa yang berlaku antara mereka berdua nanti.

Semasa mereka berempat bermain kad, Freen mengambil keputusan untuk masuk ke bilik terlebih dahulu kerana penatnya sudah mencapai ke tahap maksimum. Ada juga dia ajak Becky untuk tidur sekali tetapi kekasihnya itu lebih memilih untuk bermain.

"Dia ajak tidur tu, pergi lah.." Irin menyiku lengan Becky.

"Tak nak. Aku tak mengantuk. Biarlah dia tidur dulu.." balas Freen.

"Bec, masa cutilah kau kena banyakkan masa dengan dia. Nanti dah naik kolej, kau akan susah untuk jumpa dia. Student art akan super busy nanti." Kata Tee pula.

"Korang dua usir aku ke?" Soal Becky sedikit geram.

"Bukan mengusir idiot. Kau tengok tu, dah sentuh jam 2 pagi. Esok kita nak bangun pagi. Takkan nak mandi laut tengah hari? Gila ke?" Kata Irin lagi.

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now