34 - Wad 24

1.1K 113 18
                                    

"Irin, macam mana keadaan Becky?" - Freen

"Takde perubahan. Badan semakin panas. Dia tak nak makan." - Irin

"Tolong jaga dia.." - Freen

"Kenapa aku? Kau kan kekasih dia." - Irin

"Tapi dia lebih percaya dekat kau. Dia akan cari aku kalau bosan je." - Freen

"Freen, kau kenapa? Aku dah dengar semuanya dari Tee. Apa masalah kau sekarang ni? Kenapa kau buat semua ni dekat dia?" - Irin

"Tolong update kesihatan dia. Aku percaya dekat kau. Becky akan sembuh bila kau yang jaga." - Freen

"Freen..." - Irin

"Aku busy. Bye." - Freen

***

"Becky sendiri dekat rumah. Dia suruh aku balik." - Irin

"Okey.." - Freen

"Panas dia belum turun tapi dia dah makan ubat sebelum tidur. Freen, aku percaya dekat kau. Apapun rancangan kau, aku sokong tapi jangan lama sangat seksa dia. Aku tak pernah nampak dia sekecewa ni. Harap rancangan kau berjaya." - Irin

"Okey.." - Freen

3.00 A.M

Tit tit tit

Freen membuka pintu secara perlahan-lahan lalu di tutup. Dia mengeluarkan telefonnya untuk menghidupkan flash fon lalu menuju ke atas.

Pintu bilik Becky di buka sedikit demi sedikit sambil melihat ke dalam ruang yang hanya diterangi dengan lampu tidur sahaja.

Kakinya melangkah ke arah katil lalu duduk di lantai sambil menatap Becky yang sedang tidur.

Entah kenapa hatinya memaksa untuk datang ke sini pada jam 3.00 pagi semata-mata ingin melihat keadaan Becky.

Tangannya menyentuh leher Becky. Masih panas. Lalu pipi Becky di usapnya pelan dan matanya mula berkaca.

Dia dah tak sanggup buat semua ni. Dia penat dan dia hampir kalah dengan perasaannya. Hatinya bertambah sakit bila melihat pelbagai jenis ubat di atas meja.

"I miss you baby.."

Freen mengelap air matanya dengan kasar. Kenapa susah sangat nak jujur? Dia cuma nak dengar dari mulut Becky tentang kejadian tu.

Itu sahaja.

Tapi kenapa susah sangat nak bagitahu? Bukannya dia akan serang Rane tu pun. Dia masih ada akal untuk berfikir.

"Freen?"

Tiba-tiba Becky terbangun dari tidurnya namun dia terlalu lemah.

"It's that you?" Soalnya parau.

"Erm.."

Freen kembali mengelap air matanya. Please! hatinya sakit tengok Becky lemah macam ni.

"No. Mana mungkin dia akan datang. Dia dah tak sayang aku.."

Perlahan-lahan mata Becky kembali tertutup. Dia hanya menganggap semua ni hanya mimpi sahaja.

"I'm sorry baby.."

Freen bangun dari tempatnya lalu keluar dari bilik tersebut dengan air mata yang tak kunjung berhenti.

"Char, aku tak sanggup nak teruskan.." Freen

My You [Freenbecky]Where stories live. Discover now