Freen pov
"Kita putus." - Becky
Aku sedang menyiapkan diri untuk ke rumah Becky sebab 15 minit lepas dia chat aku dan minta putus. Salah aku ke? Salah ke panggil dia sayang? Tiba-tiba claim aku ada pasang lain sebab panggil dia sayang.
Niat aku baik je nak ajak dia date semalam sebab hari ni aku busy. Tapi bila dah kena headshoot macam tu, ingat aku boleh diam?
Terus aku kurungkan niat nak keluar dengan dia. So, aku duduk rumah dan tidur. Tapi tahu apa dia buat? Dia keluar makan dengan Archen.
Cantikkan perangai dia?
Tahu apa aku buat? Aku post gambar aku yang sedikit sexy dekat Twitter dan bagi dia panas.
Dia paksa aku padam dan aku tak nak. Siapa dulu yang ajak bermain dengan api?
Itu yang muncul putus tu.
Jadual aku hari ni betul-betul rosak. Sepatutnya aku bersiap untuk keluar dengan kawan-kawan aku dan malam nanti baru ke rumah dia sebab dah berniat nak bermalam dekat sana.
Tapi bila rubah kecil tu chat aku dan mengungkapkan kata putus, siapa yang tak panik?
Nombor aku dia block dan aku tak boleh nak call atau chat sia sekarang ni.
Memang cari masalah kesayangan aku yang satu ni. Meminta betul.
Selesai menyiapkan diri, aku mengambil salah satu koleksi topi di rak lalu di pakai. Selepas itu, kakiku melangkah menuju ke meja kecil untuk mengambil kepentingan lain sebelum keluar.
Pov end.
***
Tit tit tit
Pintu rumah Becky terbuka luas apabila seseorang membukanya dari luar.
"P'Freen!!"
Baby meloncat turun dari sofa dan terus memeluk Freen dengan begitu erat sekali. Rindu betul dengan orang yang satu ni.
"Mana P'Bec?" Soalnya langsung.
"Ada dekat bilik."
Jawab Baby sambil jari kecilnya menuding kearah tingkat atas. Freen mengangguk lalu makanan yang dia bawa di letakkan di atas meja.
"P'Freen naik atas sekejap. Baby tengok tv okey. Nanti kita makan sama-sama."
"Okey."
Freen naik keatas dalam keadaan yang segera. Masuk je, terus dia kunci pintu. Takut baby masuk dan melihat petengkaran kecil mereka.
Kakinya melangkah kearah katil di mana ada Becky yang sibuk dengan laptopnya. Pantas tangannya merampas laptop itu lalu diletakkan di atas meja.
"Nak putus? Cuba cakap lagi sekali."
Perintah Freen di sertakan dengan tatapan dinginnya. Becky menggeleng kecil.
"Cakap depan aku yang kau minta putus."
Kali ni dagu Becky di sentuh agar mendongak memandang kearahnya.
"Aku ada cakap ke? Mana ada!"
"Tak nak mengaku pula? Okey!"
Freen menolak Becky sehingga dia terbaring dan dia terus naik diatasnya. Tangannya berada di kiri dan kanan Becky untuk elak dia larikan diri.
"Cakap yang kau nak putus dengan aku. Cakap baby..."
Suara Freen semakin merendah pada penghujung ayatnya. Becky terdiam. Aura Freen betul-betul lain sekarang. Semua tu boleh nampak dari matanya langsung.
"Cakaplah kalau berani."
YOU ARE READING
My You [Freenbecky]
RomanceBecky adalah pelajar theater yang baru sahaja putus cinta akibat di duakan oleh orang yang paling dia sayang. Disebabkan terlalu kesal dan patah hati, dia takut untuk mengenali seseorang. Namun, berlaku satu kejadian pada hari paling buruknya dan pa...